Pages

Monday, October 8, 2012

Tembok Besar Baru

ISNIN, 8 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


China yang mengamalkan kapitalisme negara, menguatkan lagi  cengkaman terhadap ekonomi, menurut The Economist, membangkitkan tekanan asing supaya kepimpinan baru mengubah keadaan tersebut.

Sebelum ini, Time yang muncul dengan liputan utama tentang  Tembok Besar China Baru yang menunjukkan China membina sekatan terhadap syarikat asing. Dalam rencana utama, Michael Schuman, menegaskan bahawa selepas bertahun-tahun China mengamalkan dasar terbuka secara relatifnya,  Beijing kini mula menarik balik pembaharuan yang dilaksanakan itu, dan langkah ini, sesungguhnya mengecewakan syarikat asing.

Pengalaman syarikat asing di China, menurut Schuman, bergantung pada jenis perniagaan yang syarikat berkenaan kendalikan. Syarikat asing dalam industri profil tinggi yang kerajaan anggap penting untuk masa depan China, akan menghadapi tentangan birokratik yang kuat.  Pembuat kereta asing selalu menghadapi sekatan yang ketat.  "Firma asing yang mengganggu industri yang dianggap strategik," tulis beliau, "menghadapi masalah yang lebih besar."

Jelas Schuman lagi, perniagaan kecil juga tidak terlepas daripada gangguan birokrasi, seperti yang dialami oleh Claudia Masuger, usahawan Switzerland yang membuka perniagaan pertamanya di China, pengimport wain, iaitu MQ Waines, pada tahun 2008.

Syarikat asing yang secara terbuka mengkritik dasar kawal selia China sering menjadi sasaran pegawai yang pendendam. 


No comments:

Post a Comment