Pages

Monday, October 15, 2012

Suku Abad Isnin Hitam

ISNIN, 15 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Minggu ini genap 25 tahun "Isnin Hitam" apabila pasaran saham di seluruh dunia lintang-pukang.  Selepas peristiwa itu, boleh dikatakan, dunia sentiasa dilanda krisis, misalnya krisis kewangan Asia 1997-1998, krisis dot.com pada awal tahun 2000-an, dan krisis kewangan global 2007-2008. 

Simon Goodley yang menulis dalam The Guardian, mengimbas semula keruntuhan pasaran global itu,  bagaimana peristiwa itu menyuburkan benih krisis kewangan semasa.   "Pada pagi Isnin itu," tulis Goodley, "jelas Ribut Besar tahun 1987 disusuli dengan keruntuhan kewangan besar.  Peristiwa itu 25 tahun lalu minggu ini."

Isnin Hitam, seperti yang dikenali, jelas Goodley, bermula di Hong Kong dan dengan pantas merebak ke Barat, iaitu Eropah, sebelum melanda Wall Street, apabila Dow Jones merudum sebanyak 23 peratus - yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk meletakkan indeks 34 peratus di bawah tahap awal Oktober itu.

Sebenarnya, Kuala Lumpur, tidak terlepas daripada landaan Isnin Hitam, bukan sahaja pasaran jatuh teruk, tetapi juga ketika itu,  pelancaran Operasi Lalang oleh Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu.  Lebih 100  orang ditahan di bawah ISA dan akhbar The Star dan Watan ditarik permit penerbitan. Selebihnya sejarah!


No comments:

Post a Comment