Pages

Tuesday, October 2, 2012

Seks: Jauh Berjalan Luas Pengalaman

SELASA, 2 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sebagaimana botol wain yang elok, tulis Patty Brisben dalam The Huffington Post, "saya percaya bahawa kita menjadi lebih baik, lebih bertenaga, dan lebih matang apabila kita semakin berusia."  Pengalaman, jelas Patty, kebanyakannya selalu melebihi keghairahan, dan hubungan mesra tidak ada perbezaan. 

"Menerusi pengalaman," tulis Patty, "orang dewasa yang lebih tua memajukan peta jalan seksual yang lebih lengkap berbanding dengan orang dewasa yang lebih muda.  Apabila kita semakin berusia, kita memperoleh pengalaman yang lebih mendalam tentang badan kita, tentang badan  pasangan kita, dan apakah butang yang perlu ditekan untuk menyeronokkan badan kita dan pasangan kita."

Petua beliau, hanya anda yang dapat memastikan diri anda seksi.  Pasangkan keseksian itu dan cari jalan untuk memeriksanya dengan teliti dan berkongsinya dengan pasangan anda.  "Sudah sampai masanya untuk meraikan banyak cara bahawa seks lebih baik apabila kita semakin berusia."  

Sesiapa yang memberitahu anda bahawa kehidupan seks anda sampai ke penghujungnya apabila anda mencapai usia 50 tahun, tegas Patty, "sememangnya, silap.  Hanya perlu ingat bahawa keseksian tanpa batas waktu."



No comments:

Post a Comment