Pages

Wednesday, October 3, 2012

Sakit di Sepanyol: Profesion Tertua di Dunia Menjadi Penawar

RABU, 3 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH





Sakit di Sepanyol, tegas James Badcock dalam Foreign Policy, protes dan masalah bertimbun yang tidak mudah diselesaikan oleh kerajaan.  Sepanyol hanya negara di dunia mesti menyelesaikan perbankan, ekonomi, hutang kedaulatan, politik, dan krisis perlembagaan semua secara serentak.  

Pastinya lima masalah itu saling berkaitan.  Protes terhadap pelaksanaan jimat-cermat menjadi-jadi, dan  kadar pengangguran tinggi, iaitu 25 peratus, jauh lebih tinggi daripada kadar 17 buah negara zon euro yang mencatatkan 11.4 peratus.  Tambah Badcock, tuntutan pemisahan bukan sahaja datangnya dari Catalonia dan Negeri Basque, tetapi melibatkan tiga buah wilayah lagi.

Tatkala Sepanyol terpaksa bergelut dengan pelbagai krisis itu, manakala jalan penyelesaiannya semakin rumit, profesion tertua di dunia berusaha menyelesaikan krisis pekerjaan di negara itu.  Seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post:  "Peluang segera! Kelas pelacuran profesional.  Pekerjaan yang sangat menguntungkan untuk kedua-dua jantina."  

Iklan tersebut, menyasarkan hampir 25 peratus orang yang menganggur di Sepanyol, muncul pada Mei lalu di jalan-jalan di Valencia.  Menurut laporan ABC harian Sepanyol, latihan berakir dalam masa satu minggu dan menawarkan kedua-dua kelas, iaitu teori dan amalan kepada sesiapa yang berminat menceburi pekerjaan ini.

Beberapa kelas, misalnya, memberikan tumpuan terhadap sejarah pelacuran, bagaimana profesion ini berkembang sepanjang tahun, bagaimana pelacuran diamalkan di Sepanyol, di samping di seluruh dunia, pendapatan yang dihasilkan, dan perundangan yang berkaitan.  Dua jam kelas amali setiap hari membolehkan pelajar menggunakan alat seks dan membiasakan diri mereka dengan Kama Sutra.

Kelayakan yang diperlukan tidak berapa ketat, tetapi pemohon mesti berumur 18 tahun, kelihatan menarik, dan bukan pemalu.


No comments:

Post a Comment