Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kita sering melihat, baik di kawasan perumahan dan di jalan raya, mahupun melalui media sosial, iklan tentang ubat kuat lelaki. Tentang "khasiat" ubat berkenaan tidak perlu dibincangkan di sini: sesiapa yang bermiat boleh mencubanya sendiri.
Di sini, saya hanya berkongsi maklumat tentang penemuan rawatan baru disfungsi erektil, atau dalam bahasa mudah, "ubat kuat lelaki," yang diterbitkan dalam The Huffington Post. Kajian terbaharu dari John Hopkins Medicine, menemui proses biokimia perlu untuk terus tegak, penemuan mungkin membawa kepada rawatan baru untuk disfungsi erektil. Proses ini adalah untuk memastikan nitrik oksida terlus dilepaskan agar zakar terus tegak.
Selain rawatan baru tersebut, akhbar Internet itu mencadangkan "rawatan tradisional" untuk mengatasi masalah disfungsi erektil: arginina, racun labah-labah, jus buah delima, yohimbe, ginseng, gingko, epimedium, zink, dan akupuntur.
No comments:
Post a Comment