Pages

Sunday, October 7, 2012

Kulit Semakin Hangat

AHAD, 7  Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Hari Pilihan Raya hanya tinggal sebulan lagi, dan sama kempen penting ataupun tidak masih diperdebatkan. Selepas debat pertama Presiden, maka debat Naib Presiden pula akan menyusul, dan diikuti oleh  dua lagi debat Presiden. 

Kesan debat pertama, seperti yang ditunjukkan oleh tinjauan pendapat dan seperti yang dijangkakan, pastinya tidak memihak kepada Barack Obama, meskipun kemenangan Mitt Romney itu bukan pengubah permainan, seperti yang dibahaskan oleh Robert Shrum, dan Romney kelihatan mengalami krisis identiti,  sama ada  konservatif berhati dingin ataupun Republikan sederhana dari Massachusetts. Bagi Romney, kesan debat itu ialah beliau dapat menghentikan kekalahannya yang berterusan tatkala masa semakin suntuk, hujah Charlie Cook.

Bagaimana teruknya kesan debat tersebut terhadap  Obama, pastinya dapat dilihat pada kulit The New Yorker keluaran 15 Oktober, yang membayangkan bahawa Romney berdebat dengan kerusi kosong dan bukannya Presiden Barack Obama, sebagaimana Clint Eastwood pernah lakukan dalam Persidangan Kebangsaan Republikan di Tampa, Florida

Sementara itu, kerancakan  liputan media juga  dapat dilihat pada rencana utama dan kulit depan Time:  Perang Fakta, mencari siapakah yang memberitahu kebenaran.  Pendustaan juga dapat dikesan ketika debat pertama Presiden baru-baru ini.


Seterusnya, untuk mengenal pasti antara kedua-dua calon itu, siapakah yang lebih banyak berdusta dan bukannya tidak berdusta sama sekali, menurut Alex Altman, dengan melakarkan wajah Obama dan Romney.  


Mungkin kaedah ini dapat digunakan juga untuk mengenal pasti siapakah pemimpin politik Malaysia, baik daripada  Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat yang sangat gemar berdusta.  Atau secara terus terang, antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim, siapakah yang lebih banyak berdusta?

No comments:

Post a Comment