Pages

Tuesday, October 2, 2012

Kegilaan Jimat-cermat Memusnahkan Euro

SELASA,  2 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Krisis zon euro yang belum reda,  mencatatkan  kadar pengangguran yang tinggi, iaitu 11.4 peratus sejak Jun hingga Ogos.  Krisis zon berkenaan memasuki  tahap tiga,  akibat "kegilaan jimat-cermat Eropah" - memetik Paul Krugman dalam The New York Times. Dalam beberapa hari lalu, zon mata wang bersama 17 buah negara, menyaksikan tentangan rakyat terhadap pelaksanaan jimat-cermat, seperti yang berlaku di Portugal, Greece, dan Sepanyol, kemudian pada hari Ahad lalu, merebak ke Perancis - satu lagi kejatuhan domino.

Setelah beberapa minggu tenang, ulas The Economist, "ribut politik dan ekonomi melanda semula zon euro."  Zon yang dilanda krisis hutang itu,   benar-benar diancam bahaya perpecahan, dan jika ini perkara yang digeruni ini akhirnya menjadi kenyataan, tegas Larry Elliott, para penggubal dasar akan dipersalahkan kerana ketaksuban mereka terhadap jimat-cermat. 

Brad DeLong mengingatkan bahawa "zon euro menghadapi risiko dekad yang hilang sekiranya perpecahan utara-selatan tidak ditangani."  "Sesiap yang memikirkan bahawa krisis zon euro terkawal," tegas editor Bloomberg, mungkin mahu fikir semula."

Negara manakah yang akan meninggalkan zon euro bukan sahaja tertumpu pada Greece, kemudian Sepanyol, tetapi juga Jerman, seperti yang dibangkitkan oleh Roger Bootle.


No comments:

Post a Comment