Pages

Monday, September 10, 2012

Soros Terus Desak Jerman

ISNIN, 10 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Krisis zon euro bukan sahaja belum belum berakhir tetapi juga menurut Roger Bootle, mula menarik.  Sementara nasib zon itu, seperti yang ditegaskan oleh Kate Connolly, terletak dalam tangan para hakim Jerman yang akan membuat keputusan tentang dana pelan penyelamat kewangan. 

Mahkamah perlembagaan Jerman atas tekanan antabangsa dijangkakan membuat keputusan pada hari Rabu ini, memihak kepada Mekanisme Kestabilan Eropah (ESM) dan perjanjian fiskal.  Jika hakim yang terlibat membuat keputusan yang sebaliknya, kemungkinan berlaku kekacauan dalam pasaran kewangan dan membangkitkan kebimbangan tentang masa depan mata wang tunggal Eropah itu. 

Dalam pada itu, hartawan George Soros, yang masih belum berputus asa, mendesak  Jerman untuk menyelamatkan euro. Demikian menurut  The Guardian dan The Telegraph,  yang memetik makalah terbaharu beliau dalam The New York Review of Books yang membahaskan tragedi Kesatuan Eropah dan bagaimana menyelesaikannya.
  
Dalam desakan terbaharu ini, Soros memberikan kata dua kepada Jerman: selamatkan euro atau tinggalkan mata wang tunggal itu.  Untuk menyelamatkan euro, bagi Soros, Jerman perlu melepaskan dakapannya pada jimat-cermat.  

No comments:

Post a Comment