Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Selepas menyampaikan ucapan yang mengecewakan dalam Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik, kemudian laporan pekerjaan bulan Ogos yang lemah, yang merupakan berita buruk untuk Presiden Barack Obama, kini Obama dan kempennya disinari oleh berita gembira.
Pertama, untuk kali pertama dalam masa tiga bulan, pada bulan Ogos, Obama dilaporkan berjaya mengumpulkan dana AS$114 juta berbanding dengan Mitt Romney AS$111.6 juta. Dalam setiap bulan, iaitu Jun, Julai, dan Ogos, Romney memperoleh sumbangan lebih AS$100 juta. Dengan jumlah sumbangan itu pastinya ini akan memberikan suntikan semangat kerana dari segi kewangan, kempen Romney kelihatan lebih stabil kerana memperoleh sumbangan daripada penderma besar, dan lebih-lebih lagi dalam keadaan pihak penganjur persidangan di Charlotte, kekurangan AS$15 juta untuk menampung perbelanjaan.
Pastinya, berita yang lebih gembira untuk Obama dan kempennya ialah lantunan yang dihasilkan selepas Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik itu. Obama keluar dari persidangan partinya dengan laluan yang terbentang luas untuk beliau mara ke Rumah Putih untuk penggal kedua, seperti yang diakui sendiri oleh penasihat kanan Mitt Romney.
Tinjauan pendapat Gallup, yang dipetik oleh Andrew Sullivan menunjukkan bahawa penerimaan terhadap Obama mencecah 52 peratus. Di negeri berayun, yang mempunyai 100 badan perwakilan pemilih, hujah Sullivan, Romney memerlukan 79 berbanding 23 badan perwakilan pemilih untuk Obama.
"Obama mendahului Romney dengan lantunan pascapersidangan," isytihar Steven Shepard. Tinjauan pendapat awal menunjukkan bahawa selepas persidangan, Obama memperoleh lantunan yang lebih besar berbanding dengan Romney. Selain Gallup, tinjauan pendapat Reuters/Ipsos juga menunjukkan bahawa Obama mendahului Romney dengan empat titik peratusan. Daripada 1457 berkemungkinan pengundi yang ditinjau, 47 peratus mengatakan mereka akan mengundi Obama berbanding dengan 43 peratus untuk Romney. Oleh sebab tinjauan ini dikeluarkan pada hari Sabtu, iaitu sehari selepas laporan pekerjaan diumumkan, maka seakan-akan menunjukkan bahawa pengangguran yang tinggi tidak menjejaskan peluang Obama.
Beberapa tinjauan yang lain mengesahkan bahawa Obama juga konsisten dengan dapatan Gallup, iaitu Obama memperoleh lantunan selepas persindangan. Demikian juga tinjauan pendapat CNN/ORC yang dikeluarkan pada hari Isnin, mengesahkan apa yang banyak ahli strategi dan penganalisis katakan tentang persidangan bahawa Obama mempunyai kelebihan. Tinjauan pendapat Gallup selama tujuh hari menunjukkan Obama mengekalkan lantunan persidangan. Selepas dua persidangan itu, iaitu pertama Republikan kemudian Demokratik, untuk Ohio menurut tinjauan pendapat PPP, Obama mendahului Romney dengan lima titik peratusan, iaitu 50 peratus berbanding dengan 45 peratus.
Sejak bulan Mac, inilah kali pertama, menurut The Huffington Post, Obama mendahului Romney pada kadar yang besar. Robert Wright yang menulis dalam The Atlantic, cuba mengaitkan lantunan lapan titik yang dicapai oleh Obama dengan ucapan bekas Presiden Bill Clinton dalam persidangan itu (carta di bawah):
Selepas menulis bahawa lantunan telah tiba sambil mengingatkan bahawa tidak calon moden yang memenangi Pilihan Raya Presiden tanpa mengambil kedudukan mendahului selepas persidangan, Nate Cohn seterusnya menegaskan bahawa lantunan penting. Hujah beliau, wujud hubungan yang kuat antara bahagian undi penjawat kini dengan apa yang mereka akhirnya peroleh pada November. John Cassidy yang menulis dalam blog The New Yorker menganggap lantunan ini dari segi matematik, kemungkinan Obama kini menang dalam pilihan raya ini adalah 75 peratus.
Jelas bahawa persidangan membantu Obama, tulis Ezra Klein, bahawa beliau mempunyai satu lagi hari yang kuat dalam tinjauan pendapat pada hari Sabtu, memperkukuh kedudukan seterusnya dalam setiap empat tinjauan pendapat penjejakan nasional. "Persoalannya kini, tegas Klein, "bukannya sama ada Obama akan mendapat lantunan dalam tinjauan pendapat, tetapi bagaimana besarnya lantunan itu." Sesetengah data, jelas beliau, bahkan menunjukkan bahawa persidangan mungkin mengubah komposisi perlumbaan, menjadikan Obama lebih jelas untuk menang, - memetik Nate Silver dalam The New York Times.
Silver yang juga dipetik oleh Michael Tomasky, Obama hari ini mempunyai 80.7 peratus peluang untuk menang, iaitu meningkat 6.7 pada minggu lalu. Hal ini meletakkan peluang Romney untuk menang dari segi aritmetik, 19.3 peratus. Silver juga menjangkakan bahawa Obama akan mendapat 320 badan perwakilan pemilih.
Walau bagaimanapun, Albert R. Hunt mengingatkan kedudukan Obama mendahului Romney adalah keci dan tidak muktamad yang belum memastikan kemenangan. Bagi beliau, debat antara penjawat kini dengan pencabarnya sebanyak empat kali, antara 3 hingga 22 Oktober ini, adalah penting dalam menentukan kemenangan calon. Namun, seperti yang dibahaskan oleh Molly Ball, hakikat bahawa Presiden mengorak langkah begitu jauh dalam tinjauan pendapat bermakna Mitt Romney terlepas peluang yang amat besar perlumbaan setakat ini.
Demikian juga hujah Harry J Enten yang mengakui bahawa trajektori perlumbaan yang berubah tidak diketahui hingga 15 September ini, namun Romney telah melepaskan peluang untuk memperkukuh kedudukannya dalam perlumbaan, pertama, kerana pemilihan Paul Ryan sebagai calon Naib Presiden yang tidak menyumbang ke arah kemenangan Romney. Ryan seakan-akan merosakkan dan bukannya membantu beliau, seperti yang ditegaskan oleh Michael Gerson, "Pemilihan Ryan tidak mengubah struktur perlumbaan." Dan tambah Gerson, ucapan Romney ketika persidangan tidak mengubah kestabilan kempen yang tidak memihak kepada beliau.
Lantunan pascapersidangan yang diperoleh oleh Obama yang mungkin agak luar biasa, bagaimanapun disanggah oleh kempen Romney, melalui kenyataan yang dikeluarkan mengingatkan "para pembaca jangan terlalu terpukau dengan tinjauan pendapat terbaharu itu" demi mengelakkan panik dalam kalangan penyokong Republikan. Jelas kempen Romney, "fundamental pilihan raya adalah kuat," tetapi tenaga mula dicurahkan untuk meredakan dapatan yang tidak memihak kepada mereka dengan melancarkan "psikologi penafian."
Walau bagaimanapun, peringatan "jangan panik, menurut tafsiran Daniel Politi, seakan-akan membawa maksud panik terhadap beberapa tinjauan pendapat yang tidak memihak kepada Romney. Dengan kurang dua bulan sebelum para pengundi membuang undi, dua tinjauan penjejakan harian dikeluarkan pada hari Isnin memberi Presiden Obama lima titik peratusan mendahului Romney," hujah Politi, dengan memetik laporan USA Today. Beliau juga memetik tinjauan pendapat penjejakan harian Gallup terbaharu yang menunjukkan bahawa Obama mengekalkan marginnya yang lebih besar berbanding dengan Romney sejak awal Julai, iaitu 49 peratus berbanding dengan 44 peratus, dan tinjauan pendapat penjejakan harian Rasmussen yang juga menunjukkan Obama mendahului Romney, 50 peratus berbanding 45 peratus.
Meskipun pilihan raya akan berlangsung dalam masa kurang dua bulan, tidak dapat dipastikan lantunan yang diperoleh oleh Barack Obama dapat bertahan ataupun sebaliknya. Yang jelas, Romney yang menikmati lantunan selepas persidangan partinya di Tampa, menurut tinjauan pendapat ABC News/Washington Post, mula tertekan dan kempennya mula panik apabila melihat lantunan Obama.
Seperti yang dibahaskan oleh Douglas E. Schoen dan Jessica Tarlov dalam The Daily Beast, lantuntan Presiden pascapersidangan adalah kecil secara relatifnya, tetapi laluan Romney untuk menuju ke arah kemenangan kelihatan semakin sukar.

No comments:
Post a Comment