Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Menurut kajian, yang dipetik oleh The Huffington Post, dan dibahaskan oleh Jordan Weissmann dalam The Atlantic, ketidaksamaan pendapatan di Amerika Syarikat kini lebih teruk jika dibandingkan dengan tahun 1774. Ketidaksamaan pendapatan yang didapati benar-benar meluas, menurut kajian dua sejarawan, iaitu Walter Schiedel dan Steven Friesen, mencapai tahap yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan zaman Rom purba.
Sementara pemotongan cukai untuk golongan kaya di Amerika Syarikat, menurut kajian yang dikeluarkan baru-baru ini, tidak mendorong pertumbuhan ekonomi. Kajian yang lain pula yang dipetik oleh John Turner, menunjukkan jumlah penduduk negara itu yang terpaksa hidup dalam kemiskinan dan kebuluran meningkat. Kini, wujud 48.5 juta orang atau 16 peratus penduduk miskin, dan terpaksa bergantung pada setem makanan untuk menolong sebahagian mereka keluar daripada kancah kemiskinan.
Ketidaksamaan pendapatan yang semakin melebar ini mewajarkan perjuangan golongan 99 peratus, yang digerakkan oleh gerakan Menduduki Wall Street yang kini genap setahun, menunjukkan perbezaan ketara antara keuntungtan syarikat dengan pendapatan pekerja. Idea gerakan ini, menurut pemerhatian Thai Jones, terus hidup subur.
No comments:
Post a Comment