Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Penglibatan pihak asing dalam perjuangan hak asasi manusia di sesebuah negara, seperti yang dikatakan berlaku di Malaysia, iaitu membabitkan hartawan George Soros. Bagi golongan feminisme, mereka juga tidak perlu bimbang kerana wujud pihak yang sedia menghulurkan bantuan, tetapi bukan dari segi kewangan.
Seperti yang dilaporkan oleh Kim Willsher dalam The Observer, Femen, kumpulan feminis yang berpusat di Ukraine, bersedia mengambil kaum wanita untuk menyertai latihan di "kem latihan antarabangsa" pertama yang terletak di selatan Paris. Namun, wanita yang mengikuti latihan itu perlu mempunyai kecekalan yang luar biasa, iaitu siap siaga untuk berperang dan berani mendedahkan diri mereka dalam keadaan separuh bogel.
Bagi wanita yang sering turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan, mereka sepatutnya mempersiapkan diri mereka di kem latihan Femen itu.
No comments:
Post a Comment