Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Datuk Bandar Brussels, seperti dilaporkan oleh The Telegraph dan ABC News, memperkenalkan undang-undang untuk mengenakan denda sebanyak 250 euro terhadap sesiapa yang menggunakan bahasa yang kesat ketika di jalanan.
Brussels ialah ibu pejabat Kesatuan Eropah dan banyak institusi antarabangsa yang penting, terkenal kerana hemah keluarga dan gaya hidup yang beradab, tetapi datuk bandar mahu membasmikan keadaan yang tidak menyenangkan berlaku setiap hari.
Langkah ini pastinya berbeza di negara kita Malaysia jika diperhatikan papan tanda dan papan iklan yang masih lagi menunjukkan kelemahan penguatkuasaan bahasa kebangsaan.
No comments:
Post a Comment