Pages

Friday, September 7, 2012

"Hanya Bahasa Norway"

JUMAAT,  7 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mungkin demikian peringatan yang diberikan kepada pendatang Poland yang berhijrah ke Norway bersama-sama suaminya empat tahun lalu.  

Wanita malang itu, Johanna Renclawowicz, tukang cuci di hospital dipecat oleh majikannya,  Sykehuset Telemark (ST), seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, The Foreigner, dan Daily Mail, kerana didapati bertutur dalam bahasa ibundanya pada masa rehat tengah hari.  Dalam surat pemecatan itu dinyatakan: "Anda telah dimaklumkan bahawa hanya bahasa Norway dituturkan pada masa bekerja.  Rakan sejawatan anda dan pengguna hospital sering mengadu bahawa anda bertutur dalam bahasa Poland di kawasan makan, jabatan pencucian, koridor, dan sebagainya."

Pengurus wanita itu bertindak lebih jauh dengan menggantungkan poster yang tertulis:  "Semasa bekerja, kita bertutur dalam bahasa Norway." 



No comments:

Post a Comment