Pages

Thursday, September 6, 2012

Daya Saing: Kedudukan Malaysia Jatuh

KHAMIS, 6 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




The Global Competitiveness Report  2012 - 2013 yang melibatkan 144 buah negara yang baru sahaja dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), menunjukkan Malaysia jatuh dari tangga ke-21 ke tangga ke-25, dengan memperoleh 5.06 mata, iaitu sama dengan tahun lalu.  

Menduduki tangga tertinggi dari segi persaingan global ialah Switzerland, diikuti oleh Singapura, Finland, Sweden, dan Belanda.  Negara lain yang turut tersenarai dalam 10 teratas ialah Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, dan Jepun. 

Daripada 12 tonggak daya saing yang dinyatakan itu, Malaysia mencipta kelebihan dalam tonggak pembangunan pasaran kewangan (tangga keenam) dan kecekapan pasaran barang (tangga ke-11).  Sebaliknya, kelemahan Malaysia dalam beberapa tonggak adalah ketara, misalnya infrastruktur (tangga ke-32), persekitaran makroekonomi (tangga ke-35), kesihatan dan pendidikan rendah (tangga ke-33), pendidikan tinggi dan latihan (tangga ke-39),  dan yang paling ketara ialah tonggak kesediaan teknologi (tangga ke-51). 


No comments:

Post a Comment