Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Melalui kolumnya dalam The Atlantic, Derek Thompson menunjukkan bagaimana keluarga berbelanja di Brazil, Rusia, China, India, Mesir, Turki, Indonesia, dan Arab Saudi. Selain negara BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China), Thompson memberikan tumpuan terhadap empat buah negara Islam, memetik kajian pengguna dalam ekonomi sedang muncul yang dijalankan oleh Credit Suisse, yang melibatkan beribu-ribu responden di seluruh lapan buah negara itu.
Sementara keluarga Amerika tipikal membelanjakan separuh pendapatan mereka untuk perumahan dan pengangkutan, Thompson cuba bandingkan, keluarga tipikal Mesir berbelanja separuh pendapatan mereka untuk makanan (lebih 45 peratus pendapatan). Negara lain yang keluarga berbelanja tinggi untuk makanan, ialah Indonesia (lebih 35 peratus pendapatan), Rusia (35 peratus), Turki (25 peratus pendapatan), dan Arab Saudi dan India (lebih 20 peratus pendapatan). Brazil yang terendah, iaitu 15 peratus pendapatan.
No comments:
Post a Comment