Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dalam mana-mana pertandingan sukan, seperti Sukan Olimpik lazimnya tumpuan diberikan terhadap sesuatu pertandingan, siapa atau pasukan mana yang muncul sebagai juara, dan individu atau negara yang banyak memenangi pingat emas.
Tumpuan terhadap yang hakiki, yang pokok ini tidak bermakna hal sampingan tidak diberikan perhatian, paling tidak, oleh para pengulas atau penulis. Di sini dipetik tulisan Tricia Romano dalam The Daily Beast, yang mempersoalkan Olimpik atau lucah lembut apabila penonton gay melopong pada atlet lelaki.
Bukan tidak sebab untuk menyebut Olimpik XXX, tegas Tricia. Perenang lelaki yang memperagakan badan mereka yang seksi menjadi tumpuan. "Perenang Amerika yang memenangi pingat emas Ryan Lochte dan Nathan Adrian mungkin memperoleh kemasyhuran kerana memenangi pertandingan, tetapi mereka menjadi simbol seks segera sebaik-baik sahaja mereka keluar dari kolam renang." Lochte merupakan simbol seks.
Tambahan pula, Lochte, seperti yang diberitahu oleh ibunya, "mampu mengadakan seks semalaman," dalam temu bual dengan Today in London. Lochte juga dianggap seksi Amerika. Demikian juga Adrian yang menjadi topik perbualan bahawa dia pintar dan manis dan sama ada dia mempunyai teman wanita ataupun tidak.
Walau bagaimanapun, Lindsay Abrams yang menulis dalam The Atlantic mengingatkan bahawa seks tidak selalunya dapat dijual. Atlet wanita dalam Olimpik gagal dalam periklanan. Perenang Olimpik dan pemenang pingat emas, Missy Franklin, menurut Forbes yang dipetik oleh Lindsay, mengumumkan bahawa dia mengekalkan status ametur untuk empat tahun akan datang, meskipun dia kehilangan berjuta-juta dolar sumber pendapatan.
Tidak seorang pun atlet yang muncul dalam senarai Sports Illustrated tahun 2011 tentang 50 orang atlet Amerika Syarikat yang yang memperoleh pendapatan yang tinggi, jelas Lindsay. Tokoh sukan yang digambarkan sebagai pengendors pada 11.9 peratus komersial televisyen hanya tiga peratus wanita. "Apabila mempromosikan seksualiti dan kecantikan, wanita purata sukar untuk dikaitkan dengan perkara itu."
Mungkin banyak lagi "cerita berbingkai" dalam Sukan Olimpik kali ini, lebih-lebih lagi kerana adanya media sosial.

No comments:
Post a Comment