Pages

Thursday, August 23, 2012

Minuman Keras di Negara Islam

KHAMIS, 23 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH


Ada dua maklumat tentang minum keras yang elok juga dikongsi di sini.  Pertama, "Letter from India" oleh Helen Pidd bahawa minum arak adalah tidak menyalahi undang-undang di New Delhi, sebagaimana di banyak negeri di benua kecil itu, tetapi dilarang untuk sesiapa yang berusia kurang 25 tahun.  Bagi kaum wanita pula, meskipun sebilangan mereka juga minum, untuk membelinya bukan suatu perkara yang mudah.  

Menurut sumber yang dipetik oleh Helen, hanya 35 peratus lelaki dewasa dan lima peratus wanita dewasa minum arak di India.

Laporan kedua, ialah daripada carta harian The Economist tentang penggunaan minuman keras  di negara Islam.  Di sebilangan negara, seperti Iran, minuman ini dilarang, manakala di Tunisia dan Indonesia, dicadangkan supaya dilaksanakan larangan penggunaannya.  Namun, pada amnya, menurut carta harian itu, di negara Islam, penjualan arak meningkat.  Antara tahun 2001 hingga 2011, jualan mimuman keras di Timur Tengah, yang majoriti penduduk adalah Islam, meningkat 72 peratus berbanding dengan 30 peratus purata global. Peningkatan ini bukannya semata-mata kerana penggunaan yang melibatkan orang Islam dan orang asing.  Pasaran gelap berkembang di Libya, manakala orang Iran, secara bersembunyi menghasilkan minuman ini di rumah.



No comments:

Post a Comment