Pages

Wednesday, August 15, 2012

Ingin Berjaya? Ikut Kim Kardashian

RABU, 15 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Maseena Ziegler yang menulis dalam Forbes membahaskan  kesan Kim Kardashian jika seseorang  ingin berjaya, iaitu terlalu yakin pada diri sendiri. Kim Kardashian mempunyai kekayaan berjuta-juta dolar dengan hanya tidak mempunyai perasaan malu dalam permainannya.  Meskipun beliau mungkin dianugerahi dari seni promosi diri sendiri, kejayaannya dengan cantuman keras.

Juga berkemungkinan, tegas Maseena bahawa Kim Kardashian berjaya kerana keyakinan yang berlebihan jika dibandingkan dengan orang lain, memetik Profesor Cameron  Anderson.  "Orang yang yakin lebih berkemungkinan dapat menarik perhatian sosial berbanding dengan orang kurang yakin.  Mereka lebih menarik untuk dilihat dan didengar.  Justeru, kejayaan Kim Kardshian sebahagian kerana hakikat bahawa manusia terpesona oleh individu yang yakin, bahkan ketika keyakinan mereka tidak wajar."

Maseena juga memetik ahli psikologi di University of Berkeley, bahawa mereka yang terlalu yakin dan menguasai promosi diri sendiri cenderung mengatasi mereka yang hanya bergantung pada kerja kuat.

Bagi sesiapa ingin mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, boleh ikuti wawancara Maseena dengan Profesor Cameron.



No comments:

Post a Comment