Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Cepatnya masa berlalu. Hari ini, 9 Ogos, genap lima tahun krisis kewangan yang masih belum nampak keredaannya, dengan pelbagai pengalaman yang terpaksa ditempuhi oleh orang kebanyakan. Sementara zon euro terus dilanda krisis, manakala United Kingdom dijangkakan mencatatkan pertumbuhan sifar pada tahun ini. Di Eropah, kemelesetan lebih buruk daripada yang dijangkakan, manakala ekonomi Asia dikhuatiri hilang keajaibannya. "Tidak ada lagi keajaiban pertumbuhan," tegas Dani Rodrick, "baik dunia membangun mahupun negara maju."
Luluh kredit dikatakan membengkak beberapa tahun sebelumnya, tetapi 9 Ogos 2007, ialah hari dunia sedar akan krisis yang menghantui, yang dicetuksna oleh pertambahan pinjaman subprima di Amerika Syarikat.
Sempena ulang tahun kelima itu, The Guardian, melalui tiga ahli panelnya, iaitu Larry Elliott, Jill Treanor, dan Graeme Wearden, menyediakan ruang soal-jawab daripada orang ramai tentang krisis kewangan itu.
No comments:
Post a Comment