Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Lelaki yang menghidap diabetes dikatakan akan musnah kelakiannya. Tenaga seksnya pupus, dan yang mungkin tinggal hanya sekadar "sapu cat."
Akan tetapi, bagaimana pula wanita yang menghidap penyakit itu? Berbanding dengan lelaki, hampir tidak ada langsung pengetahuan tentang kesan diabetes terhadap fungsian dan kepuasan seks wanita. Justeru, Lindsay Abrams yang menulis dalam The Atlantic cuba menjelaskan persoalan ini, berdasarkan kajian.
Sebanyak 2270 wanita daripada pelbagai etnik yang berumur 40- 80 tahun, sama ada yang tidak ataupun yang menghidap diabetes (insulin dan tanpa insulin), diminta melaporkan tahap keinginan seks, kekerapan aktiviti seks, dan kepuasan seks keseluruhan mereka.
Hasilnya, wanita yang menghidap diabetes (kebanyakannya jenis diabetes II), kedua-duanya, iaitu insuli tanpa insulin, dilaporkan mengadakan hubungan dan mempunyai keinginan seks hanya sekerap wanita lain. Akan tetapi, sementara 19.3 peratus wanita tanpa diabetes dilaporkan tahap rendah kepuasan seks keseluruhan, bilangannya lebih tinggi dalam kalangan wanita yang menghidap diabetes, iaitu 34.9 peratus mereka yang mengambil insulin dan 26 peratus yang tidak mengambil insulin adalah tidak puas. Selain itu, 2.37 peratus wanita yang mengambil insulin menghadapi masalah pelinciran dan 1.8 kali masalah orgasma.
Kesimpulannya, tegas Lindsay, diabetes sesungguhnya berkait dengan kepuasan seks yang rendah untuk wanita tua yang menghidap penyakit ini, terutamanya bagi mereka yang dirawat dengan insulin.
No comments:
Post a Comment