Pages

Sunday, July 15, 2012

Selebriti Bawah 30 Tahun yang Dibayar Tinggi

AHAD, 15 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam senarai 10 orang selebriti yang berusia bawah 30 tahun yang menerima bayaran yang tinggi, menurut Forbes, dikuasai wanita.  Daripada jumlah itu, enam ialah wanita, dan empat dalam senarai lima teratas, dengan Taylor Swift  menduduki tempat pertama.  Majalah itu menganggarkan antara Mei 2011 dengan Mei 2012, Taylor memperoleh AS$57 juta.

Wanita muda lain yang mencipta nama dalam dunia muzik ialah Rihanna, yang dianggarkan memperoleh pendapatan AS$53 juta antara Mei 2011 dengan Mei 2012, membolehkan penyanyi kelahiran Barbados menduduki tempat ketiga.

Sementara penyanyi lelaki yang baru berumur 18 tahun, Justin Bieber menduduki tempat kedua dengan pendapatan AS$55 juta, menyaingi rapat Taylor.  Kepada para peminat Lady Gaga, Katy Perry, Adele, Kristen Stewart, Lil Wayne, Taylor Lautner, dan  Robert Pattinson, jangan risau kerana mereka  turut tersenarai. 


No comments:

Post a Comment