Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Jika Jumaat pertama bulan Julai menyebabkan Presiden Barack Obama resah kerana pada hari itu dilaporkan bahawa kadar pengangguran bulan Jun kekal pada kadar 8.2 peratus, Jumaat terakhir bulan ini mungkin tidak meredakan keresahan beliau itu.
Seperti yang dilaporkan antaranya oleh Los Angeles Times, The Huffington Post, The Washington Post, USA Today, Time, dan Bloomberg, pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada suku kedua tahun 2012 adalah lembap, iaitu hanya tumbuh 1.5 peratus akibat kemerosotan perbelanjaan pengguna. Pada suku pertama 2012, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika tumbuh sebanyak dua peratus dan suku terakhir tahun 2011 ialah 4.1 peratus. "Dengan kadar pertumbuhan ini dan pertumbuhan suku pertama," ulas Ezra Klein, "ekonomi masih tidak terlalu bagus."
Apabila kadar pengangguran masih tinggi dan pertumbuhan adalah lemah, pastinya Republilkan melompat keriangan memandangkan bahawa Pilihan Raya Presiden kurang dari empat bulan lagi. Bermakna, sebelum pilihan raya itu, empat lagi laporan pekerjaan akan diumumkan dan satu lagi KDNK, iaitu suku tahun ketiga - dijangkakan diumumkan pada akhir Oktober - lebih seminggu sebelum tarikh pilihan raya.
Yang mungkin melegakan Barack Obama ialah meskipun kadar pertumbuhan masih rendah, sekurang-kurangnya Amerika Syarikat tidak terjebak dalam kemelesetan curam berganda, seperti yang dialami oleh United Kingdom apabila ekonomi negara itu menguncup 0.7 peratus dalam suku tahun kedua. Bahkan, China dalam suku kedua hanya mampu mencatatkan pertumbuhan 7.6 peratus berbanding 8.1 peratus suku pertama tahun 2012. Dengan ekonomi yang masih lemah itu, Amerika Syarikat mungkin mencatatkan pertumbuhan yang lebih rendah daripada pertumbuhan ekonomi global yang menurut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), tumbuh 3.5 peratus pada tahun ini.
Ekonomi dijangkakan mewarnai Pilihan Raya Presiden tahun ini, meskipun kini kempen Obama banyak menumpukan tenaga untuk menyerang Bain Capital dan kempen Romney cuba membuka medan pertempuran baru, iaitu dasar luar yang Barack Obama dikatakan mempunyai kelebihan.
Pada amnya, lebih rendah kadar pertumbuhan ekonomi (dan lebih tinggi kadar pengangguran), maka lebih rendah peluang Obama untuk kekal di Rumah Putih. Larry Elliott yang mengulas laporan terbaharu tentang ekonomi Amerika Syarikat, membayangkan kesukaran yang dihadapi oleh Obama.
Walau bagaimanapun, menurut Mike Dorning yang menulis dalam Bloomberg, pertumbuhan KDNK yang perlahan itu cukup untuk Obama mengharungi penggal kedua. Namun, beliau menjelaskan bahawa tidak wujud hubungan yang benar-benar kukuh antara pertumbuhan ekonomi dengan pemilihan Presiden Amerika. "Dari segi sejarah, pertumbuhan ekonomi yang kuat membantu Presiden memenangi penggal kedua, meskipun tidak selalunya merupakan prasyarat."
Dorning merujuk Dwight Eisenhower yang seperti Obama, masih popular dari segi peribadi dengan para pengundi, dipilih semula, meskipun ekonomi lembap pada tahun 1957 - tumbuh hanya 0.3 peratus secara purata. Sebaliknya, George H.W. Bush tewas dalam pusingan kedua, walaupun ekonomi tumbuh 4.3 peratus secara purata.
Prestasi yang lemah, hujah R.A. dalam The Economist, membuka satu lagi bilik tambahan untuk mengkritik Presiden Obama oleh pencabarnya, Mitt Romney. Akan tetapi, bahkan pertumbuhan yang perlahan cukup untuk menjamin kemenangan penjawat kini. Berasaskan model Abramowitz, dengan pertumbuhan 1.5 peratus, hujah Nate Cohn dalam The New Republic, maka Obama sepatutnya menerima kira-kira 50.5 peratus undi popular dua parti, cukup memastikan kemenangannya.
Memang diakui bahawa ekonomi merupakan faktor penting dalam Pilihan Raya Presiden kali ini, dan pada umumnya, meletakkan Obama pada laluan yang agak sukar. Lebih-lebih lagi tinjauan pendapat oleh Gallup, menunjukkan pemilik perniagaan tidak menyetujui prestasi Barack Obama, sedangkan tempoh pemegangan jawatan Romney di Bain Capital, menurut tinjauan pendapat, merupakan kelebihan pada beliau untuk memegang jawatan Presiden: Romney lebih diutamakan berbanding dengan Obama untuk menangani ekonomi.
Namun, setelah bulan demi bulan ekonomi Amerika mencatatkan pertumbuhan yang lemah dan kadar penganggguran yang tinggi, Obama, menurut tinjauan pendapat yang terbaharu mendahului lawannya, iaitu 49 peratus berbanding dengan 43 peratus Romney. Setakat ini, Romney gagal menggerakkan tinjauan pendapat. Bahkan, Nate Silver dalam analisisnya melalui FiveThirtyEight masih mengekalkan unjurannya yang memihak kepada Obama sebagai pemenang.
Kalau benar, ekonomi menyebabkan Obama terhuyung-hayang, sepatutnya beliau, seperti yang dibahaskan oleh Derek Thompson dalam The Atlantic, jatuh lebih besar, tetapi sebaliknya beliau masih menang. Sementara di negeri berayun, menurut Chris Cilliza yang menulis dalam The Washington Post, gambaran ekonomi memberikan peluang yang sedikit cerah untuk Obama. Bahkan di Nevada, yang kadar pengangguran mencecah 11.6 peratus, Obama, menurut John Dickerson, masih mempunyai peluang untuk menang.

No comments:
Post a Comment