Pages

Thursday, July 26, 2012

Pengangguran: Tidak Cocok Kemahiran?

KHAMIS, 26 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Pengangguran di Malaysia, terutamanya dalam kalangan siswazah sering dikaitkan dengan kemahiran: kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dan kelemahan dari segi komunikasi.  Faktor inilah yang sering dicanangkan oleh pemimpin, ahli politik, dan majikan. Gambaran yang diberikan bahawa pekerja di negara ini tidak bersedia untuk pekerjaan.

Berdasarkan pengalaman Amerika Syarikat yang kini kadar penganggurannya 8.2 peratus, Barbara Kiviat yang menulis dalam The Atlantic, meragui, dan bahkan menafikan bahawa pengangguran berpunca daripada tidak cocok kemahiran.  Barbara yang melakukan kajian yang agak meluas, termasuk penyelidikan oleh Bank Rizab Persekutuan Chicago, Universiti California-Berkeley, dan Sekolah Wharton untuk menunjukkan keraguan tentang kewujudan tidak cocok kemahiran nasional.

Barbara akhirnya mengingatkan "elok cuba kurang mendengar ketua pegawai eksekutif dan ahli politik yang dijangkakan memegang pembesar suara dan lebih banyak mendengar data yang meredam dan banyak berguna."


No comments:

Post a Comment