Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Lesapnya sesuatu barang dan perkhidmatan dalam pasaran atau hilang daya saing mungkin dan seterusnya menjadi usang mungkin tidak dibayangkan oleh kebanyakan kita pada suatu masa dahulu. Pejabat pos di Amerika Syarikat dikatakan hanya wujud di luar bandar, manakala di Malaysia, kalaulah pejabat pos sekadar meneruskan perkhidmatan tradisi, kirim mengirim surat dan menjual setem, mungkin mengalami nasib yang sama. Baru-baru ini, Telekom Malaysia mengumumkan perkhidmatan telegram tidak diteruskan lagi.
Selain itu, dalam dunia penerbitan, ensiklopedia yang berbangga dengan jilidan, beralih kepada penerbitan elektronik. Tidak berapa lama dahulu, Kodak menjadi mangsa pemusnahan kreatif. Sebenarnya, perniagaan runcit, pusat beli-belah, kedai berjabatan dijangkakan akan tergolong dalam senarai. Batu-bata telah ditelan akan terus ditelan oleh Internet. Dalam bidang peruncitan misalnya, Amazon dijangkakan mengambil alih dunia, seperti yang dibayangkan oleh Christopher Mattews dalam Time.
Tyler Cowen, seperti yang dipetik oleh Alexis Madrigal dalam The Atlantic, pernah menegaskan bahawa "di mana-mana sahaja akan mengalami nasib, seperti industri muzik." Industri ini terbantu oleh kelakuan baru yang diperoleh melalui Internet. "Jika anda melihat jualan muzik yang dirakam sahaja, hujah Madrigal, "industri ini jatuh menjunam sejak akhir tahun 1990-an. Akan tetapi, jika anda mengambil pandangan yang lebih luas, kita dapati orang masih mendengar nada muzik, pergi ke konsert, dan semua jenis mula secara terdesak cuba untuk menjadi model baru untuk industri ini.
Jika ahli ekonomi George Mason dan penulis blog Marginal Revolution, Tyler Cowen betul, pendidikan tinggi berkemungkinan mengalami nasib yang sama dengan syarikat piring hitam. Internet benar-benar mengancam institusi pendidikan tinggi. Demikian juga dunia kewartawanan, persuratkhbaran, dan permajalahan yang menyaksikan kemaraan Internet.
Tutorial dalam talian yang sedang mencipta nama dan sering mendapati perhatian yang diusahakan oleh Salman Khan, merupakan salah contoh bahawa pada suatu masa kelak, pendidikan secara konvesional menjadi usang.
Juga dalam The Atlantic, Derek Thompson menulis berakhirnya televisyen dan berkuburnya televisyen kabel. Setiap tahun, 100 juta buah rumah membayar berkas saluran kabel. Seperti mana-mana berkas lain, sukar untuk melihat apakah sebenarnya yang mereka bayar. "Jika anda menonton ESPN dan 17 saluran lain secara tetap selama empat jam sehari," hujah Thompson, "anda berkemungkinan mendapat perkhidmatan yang baik. Dan ini bermakna bahawa berjuta-juta orang lain mendapat "perkhidmatan yang teruk" pada kabel mereka mensubsidikan pengalaman televisyen anda."
Mungkin agak keterlaluan untuk membayangkan bahawa televisyen dan bahkan, universiti akan mengalami nasib seperti syarikat piring hitam. Memang orang akan terus menuntut ilmu dan mengikuti berita atau laporan, tetapi mungkin salurannya mungkin berbeza.
Mungkin agak keterlaluan untuk membayangkan bahawa televisyen dan bahkan, universiti akan mengalami nasib seperti syarikat piring hitam. Memang orang akan terus menuntut ilmu dan mengikuti berita atau laporan, tetapi mungkin salurannya mungkin berbeza.
No comments:
Post a Comment