Pages

Tuesday, July 10, 2012

Kubur Besar di Kashmir

SELASA, 10 Julai 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Bagi umat Islam di Malaysia, keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam yang sering menjadi tumpuan meraka adalah di Palestin, yang semakin berleluasa semasa pemerintahan Raja Bibi, dan pada suatu waktu dahulu, di Bosnia dan Kosovo.  Sebaliknya, yang berlaku di tempat lain, seperti di Xinjiang, China, boleh dikatakan tidak mendapat perhatian yang mendalam.  Hal ini demikian kerana  tidak ada ahli politik Melayu-Islam yang berani menyuarakannya, bahkan lebih berani menyibuk terhadap keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap kaum Tamil di Sri Lanka. 

Demikian juga di Kashmir yang keganasan dan kekejaman terhadap umat Islam sejak berpuluh-puluh tahun, tetapi jarang-jarang mendapat perhatian umat Islam di Malaysia, apatah lagi ahli politik Melayu-Islam.  Hal ini menepati apa yang pernah diperkatakan oleh Tariq Ali dalam London Review of Books, "tidak renyuk, semata-mata dilupakan."


Pergolakan di wilayah yang kaya dengan peradaban, pernah diketengahkan oleh Arundhati Roy dalam The New York Times pada November 2010, "Kashmir's Fruits of Discord."    Akhbar itu juga pernah menerbitkan pemberitaan oleh Jim Yardley, "India, Seeking Kashmir Peace, Feels the Anger of Residents," "Kashmiris Storm he Street, Defying Curfew" dan  "Indian Forces Face Broader Revolt in Kashmir" oleh Lydia Polgreen.  Tidak ketinggalan pemberitaan dalam The Wall Street Journal,  dan bahkan agensi berita, AFP  sentiasa memberikan liputan di wilayah yang menjadi rebutan dan tercetusnya konflik itu.


Namun, seperti pesan orang tua-tua, "bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun nyiru."  Setiap kejahatan dan kecelakaan yang berlaku, pastinya terbongkar jua.  "Kubur besar," menurut Cathy Scott-Clark yang menulis dalam The Guardian.  Dianggarkan bahawa 8000 bukan penempur yang terdiri daripada warga Kashmir lenyap daripada penjagaan tentera di negeri yang sebesar Ireland - empat kali lebih banyak jika dibandingkan dengan yang hilang semasa pemerintahan Pinochet di Chile.  Selain itu, beratus-ratus orang askar didapati membunuh, merogol, dan menyeksa, tetapi tidak ada satu kes pun yang didakwa.



1 comment:

  1. tak jugak...pernah ahli politik dari parti pembangkang khasnya PAS menyebut hal2 demikian di tempat2 seperti xinjiang china, malah di sebelah selatan thai pun, di mindanou... dan peristiwa bosnia dulu pun asalnya dibangkitkan di parlimen oleh MP dari PAS... itu yang saya pernah ingat dan pernah jumpa dan baca... tp mereka bukan kerajaan sejauh mana sangat boleh diketengahkan dengan sewajarnya....

    ReplyDelete