Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Demi mengejar kejayaan manusia sanggup melakukan apa-apa sahaja. Satu perempat eksekutif Wall Street, menurut kajian yang dilaporkan oleh The Huffington Post, menganggap kesalahan sebagai kunci untuk kejayaan.
Dalam kajian yang melibatkan 500 eksekutif kanan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, 26 peratus responden berkata mereka memerhatikan atau mengetahui sendiri tentang kesalahan di tempat kerja, manakala 24 responden berkata mereka percaya golongan profesional perkhidmatan kewangan mungkin perlu terlibat dalam kelakuan tidak beretika dan menyalahi undang-undang untuk berjaya.
Enam belas peratus responden berkata mereka akan melakukan perniagaan orang dalam jika mereka berpeluang. Sementara 30 peratus berkata rancangan pampasan mereka mewujudkan tekanan untuk bertolak ansur dengan standard etika atau melanggar undang-undang.
No comments:
Post a Comment