Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Media, dan sesungguhnya, ahli sains sosial, secara konstan memberitahu kita bahawa dua perkara yang menguasai dunia yang kita diami sejak dekad terakhir abad ke-20: globalisasi dan keganasan. Tulis Immanuel Walerstein dalam World-System Analysis: An Introduction, "kedua-duanya dipersembahkan kepada kita sebagai fenomena yang sebahagian besar baru. Yang pertama, penuh dengan harapan gilang-gemilang dan yang kedua dengan bahaya yang dahsyat."
Globalisasi yang wujud lebih 500 tahun lalu, seusia dengan kapitalisme, membolehkan modal, manusia, dan maklumat bergerak merentas sempadan pada penghujung abad lalu. Ditambah pula dengan globalisasi keganasan, krisis ekonomi, dan wabak penyakit.
Globalisasi buatan Amerika bukan sahaja mengeksport budaya Amerika ke seluruh dunia, tetapi juga menyebarkan masalah kesihatan mereka, iaitu diabetes, seperti yang dibahaskan oleh Neal Emery dalam The Atlantic. Hampir seluruh abad ke-21, besar kemungkinan orang membina dua jenis diabetes, banyak bergantung pada kekayaan negara negara, juga biologi mereka. Mereka yang tinggal di dunia maju dapat bertahan ke zaman lama dan akhirnya tunduk pada "penyakit mewah," iaitu kanser, penyakit kardiovaskular, dan diabetes. Sebaliknya, kurang pemakanan, keganasan, dan penyakit yang mudah berjangkit membinasakan penduduk negara membangun.
Namun kini, tegas Emery, "penyakit mewah" merebak ke negara berpendapatan rendah dan sederhana: kolera bersama-sama dengan kanser; kurang pemakanan bersama-sama diabetes. Kesan diabetes adalah penting. Sejak tahun 1980, jumlah penghidap diabetes di seluruh dunia meningkat daripada 152 juta orang kepada antara 285 dengan 347 juta orang sekarang. Daripada jumlah ini, tiga perempat pesakit yang tinggal di dunia membangun, yang orang yang menderita penyakit ini lebih enam kali tinggi daripada penghidap HIV.
Diabetis merebak dalam kalangan penduduk miskin berpunca daripada tiga kuasa sosial, iaitu penduduk berumur, pembandaran, dan pertumbuhan ekonomi. Menurut model ini, jelas Emery, apabila orang berpindah ke kota, mereka meninggalkan kerja kasar dan menerima pakai gaya hidup yang lebih banyak duduk. Hal ini, bersama-sama dengan hidup yang lebih lama dan peningkatan pendapatan yang membolehkan orang ramai membeli lebih banyak makanan, mungkin memacu peningkatan kadar keobsesan di seluruh dunia.
Seperti yang dijangkakan, jelas Emery lagi, meningkatnya pembandaran, pembangunan ekonomi, gaya hidup lebih banyak duduk, dan jumlah makanan yang dapat diperoleh secocok dengan kadar diabetes yang tinggi. Walau bagaimanapu, selepas data ini diselaraskan, korelasi tersebut tidak wujud lagi, misalnya hubung kait antara pembandaran dengan diabetes. Sebenarnya, korelasi antara kedua-duanya wujud kerana kehidupan di kota mendedahkan orang ramai kepada penggunaan lebih banyak gula.
Kemewahan dan pembandaran, tegas Emery mungkin tidak menyebabkan diabetes, sebaliknya penyakit itu berpunca daripada gula yang ditapis dan makanan yang diproses.
No comments:
Post a Comment