Pages

Tuesday, June 5, 2012

Upah Malaysia Rendah

SELASA, 5 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pada tahun 2020, Malaysia dijangkakan mencapai taraf negara pendapatan tinggi, setelah bertahun-tahun terperangkap dalam negara pendapatan sederhana. Baru-baru ini, sempena Hari Pekerja, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan gaji minimum sektor swasta, iaitu RM900 sebulan untuk di Semenanjung dan RM800 sebulan untuk Sabah dan Sarawak. 

Sementara itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), beberapa bulan lalu, memaklumkan upah purata yang dihitung daripada 72 buah negara. Dengan upah purata dunia, AS$1480, upah purata Malaysia jauh lebih rendah, iaitu hanya AS$961 sebulan berbanding dengan Singapura AS$2616 sebulan.   Mendahului senarai ialah Luxembourg dengan upah purata AS$4809, diikuti oleh Norway dengan AS$3678 sebulan.


No comments:

Post a Comment