Pages

Monday, June 18, 2012

Selebriti: Bogel dan Politik

ISNIN, 18 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tiga hari lalu, The Huffington Post mendedahkan gambar skandal bogel selebriti yang  tersebar kepada orang ramai. Yang terbaharu ialah Snooki, seniwati Jersey Shore yang gambarnya tersebar minggu, yang bagi orang orang ramai, bukannya yang terakhir, yang dapat dilihat melalui Egotastic dan The Daily Mail.

Di sebalik kisah gambar bogel artis dan selebriti ini, mereka juga aktif dalam politik untuk Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012. Pada awal bulan lalu, George Clooney menganjurkan parti di kediamannya, dengan AS$40,000 satu pinggan untuk mengumpulkan wang untuk Presiden Barack Obama. Dengan berlangsungnya parti itu, menyaksikan sokongan   selebriti jutawan terhadap Obama, seperti yang berlaku pada tahun 2008.

Wang yang marah ini dikatakan  mengalir kepada Mitt Romney.  SementaraPresiden Obama yang kali ini kurang mendapat sokongan Wall Street berbanding dengan pencabarnya, Mitt Romney, memberikan perhatian pada selebriti untuk mengumpulkan dana kempennya dan Demokrat. Beliau dan Wanita Pertama, Michelle Obama dilaporkan  mengunjungi rumah pelakon Sarah Jessica Parker dan Matthew Borderick, untuk majlis makan malam mengutip dana kira-kira AS$2 juta, dengan 50 orang membayar AS$40,000 seorang. Di rumah Jessica, Obama dikatakan memberikan idea pelekat bampar kepada Romney. 

Agak sukar juga untuk kempen Romney menggunakan hubungan Obama dengan bintang atau selebriti ini kerana seperti yang ditegaskan oleh Jay Carney, jurucakap Obama:  "Dua perkataan.  Donald Trump." Romney, seperti yang diketahui,  menerima pertolongan pengumpulan dana daripada Donald Trump, selain sumbangan daripada hartawan kasino Las Vegas, Sheldon Adelson.



No comments:

Post a Comment