Pages

Sunday, June 24, 2012

Pilihan Raya Presiden Mesir, Mengesahkan Tesis Huntington

AHAD, 24 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




"Musim Bunga Arab," menurut Patrick Cockburn, "tidak disusuli oleh musim panas yang diharapkan,  manakala Robert Fisk menegaskan, "sudah terlewat untuk revolusi, Dataran Tahrir diambil alih oleh Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood)." 

Setelah 500 hari tumbangnya Presiden Hosni Mubarak, dan keputusannya tertangguh seketika sehingga mencetuskan ketegangan,  maka hari ini, kira-kira jam 10.35 malam waktu Malaysia, Mesir mempunyai pemimpin yang baru, iaitu Dr. Mohammed Morsi daripada Ikhwanul Muslimin

Kemenangan ini, sesungguhnya mengesahkan tesis mendiang Samuel Huntington kira-kira satu dekad lalu,  bahawa di negara Islam, jika diadakan pilihan raya, pastinya parti atau pemimpin yang kelihatan pro-Islam akan mencipta kemenangan.  Sebelum ini, seperti yang diketahui, Tunisia dan Maghribi memperlihatkan keputusan yang sama.


No comments:

Post a Comment