Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Apabila beberapa buah negara zon euro dilanda krisis hutang sejak kira-kira tiga tahun lalu, akronim yang jika diberikan kepada negara berkenan, iaitu PIGS (Portugal, Ireland, Greece, dan Sepanyol), kemudian muncul PIIGS, melibatkan Italy.
Namun, tiga negara PIGS/PIIGS (Portugal, Italy, dan Sepanyol) itu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Euro 2012 bersama-sama negara yang dianggap "saku dalam," iaitu Jerman. Seandainya Greece menewaskan Jerman dalam perlawanan suku akhir, pastinya PIGS/PIIGS benar-benar menguasai Euro 2012. Dengan selesainya perlawanan peringkat suku akhir, maka sekurang-kurangnya sebuah negara PIGS/PIIGS, pasti mara ke peringkat akhir.
Tewas dalam krisis euro, tetapi menang dalam Euro. "Meskipun pada masa yang sukar, dengan ekonomi dalam krisis dan ahli politik bertelagah tentang euro, tulis Eric Pfanner dalam The New York Times, bola sepak Eropah kebal daripada krisis. Meskipun berlaku krisis, kos hak bola sepak Eropah meningkat."
No comments:
Post a Comment