Pages

Saturday, June 16, 2012

Petua untuk Pilihan Raya

SABTU, 16 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ketika mengikuti  pelbagai  penulisan pilihan raya recall di Wisconsin, terutamanya selepas kejayaan Scott Walker mempertahankan kerusi gabenornya dengan menang selesa, meskipun tinjauan pendapat menjangkakan perlawanan yang sengit, saya bersua dengan tulis Paul Begala dalam The Daily Beast yang menawarkan pengajaran berlawan untuk puak liberal. Beliau merupakan penasihat  Priorities USA Action, super PAC pro-Obama yang memberikan tumpuan pada periklanan.

Pertama, tegas Begala, wang penting. Kedua, perang di bumi tidak dapat mengatasi kekuatan udara. Pastinya, kempen orang ke orang perlu, tetapi tidak cukup. Tanpa kempen media yang berdaya saing, bahkan dengan organisasi akar umbi terbaik akan menemui kegagalan. Ketiga, tegas Begala, penyokong sendiri tidak cukup, maka tumpukan juga kepada pengundi bebas.  Dan akhir sekali, lakukan yang hodoh sejak awal lagi. Iklan negatif menyelamatkan Scott Walker.  Kempen beliau dan sekutunya menggasak kesatuan sekerja dan penentang beliau. 

Melampaui Wisconsin ialah Pilihan Raya Presiden tahun 2012 yang kempen semakin rancak yang pasti menyaksikan pertarungan Presiden Barack Obama dengan Mitt Romney.  Ulasan, tinjauan pendapat, dan ramalan. Daripada begitu banyak tulisan, barangkali John Cassidy   melalui blog  The New Yorker berbaloi untuk diikuti, meskipun beliau nampaknya memihak kepada Obama yang diperhatikan tidak boleh  lagi terus  menjadi  lelaki hati.

Pastinya, yang tidak kurang menarik tulisan Joshua Green dalam Bloomberg Businessweek tentang Jim Messina, pengurus kempen Obama bekerja dan mengatur strategi demi memastikan kemenangan bosnya untuk penggal kedua. Messina dianggap sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang mempunyai Presiden untuk dijual kepada para pengundi.  Sebaik-baik sahaja beliau meletakkan jawatan timbalan ketua turus di Rumah Putih pada Januari lalu, beliau menyertai kursus singkat dalam pengurusan eksekutif, dan mengatur seminar peribadi dengan CEO dan ekskutif kanan syarikat, termasuk Apple, Facebook, Zynga, Google, Microsoft, Salesforce, dan DreamWorks.  Messina mengelilingi negara untuk mengadakan wawancara dengan syarikat berkenaan dan hanya berbincang tentang perkembangan organisasi, teknologi yang muncul, pemasaran. 

Steve Job pernah memberitahu bahawa pada masa lalu Messina mengatur cara hanya dua saluran, iaitu Web dan e-mel.  "Kali ini, anda perlu mengatur cara kandung kepada pelbagai saluran yang lebih luas, iaitu Facebook, Tumblr, Twitter, YouTube, dan Google kerana orang ramai berselerak dalam cara yang sangat berbeza berbanding empat tahun lalu." 

Di Studio DreamWork, Steven Spielberg menghabiskan masa tiga jam menjelaskan bagaimana untuk menangkap perhatian khalayak dan mengemukakan beberapa idea yang akan dilaksanakan pada Hari Pilihan Raya.

Bersama-sama perbualannya dengan CEO itu, rejimen Messina untuk pekerjaan baru, termasuk membaca nilai sejarah kempen 100 tahun yang bertimbun-timbun di atas mejanya.  Akan tetapi, beliau terlalu memikirkan masa depan, bukannya masa lalu, dan kepada perniagaan sebagaimana politik.  Beliau yakin bahawa kempen Pilihan Raya Presiden adalah seperti syarikat teknologi yang berkembang pesat berbanding dengan apa-apa yang ditemui dalam buku sejarah dan kerja beliau sendiri seperti eksekutif yang mengurus syarikat berkenaan.

Dalam pilihan raya kali ini, Messina sedar  kekurangan Obama dari segi kewangan berbanding dengan Romney. Pada 7 Jun lalu, kempen Romney memberitahu mereka berjaya mengumpulkan AS$76 jua, mengatasi Obama yang hanya mengumpulkan AS$60 juta.  Justeru, Messina menghabiskan masa 18 bulan mengkaji dan membina strategi yang lebih unggul dan  teknologi. November ini akan menyaksikan pertandingan antara dua visi yang berbeza tentang kerajaan, tetapi juga antara idea yang bersaing tentang bagaimana untuk menjangkaui para pengundi.  Romney akan menggunakan pendekatan tradiisional, bergantung kuat pada periklanan televisyen.  Obama akan bergantung pada organisasi, menambah kepada tahap nasional, jenis usaha akar umbi. 

Messina akan memberikan tumpuan terhadap tujuh buah negeri, iaitu Florida, Ohio, Virginia, Iowa, North Carolina, Colorado, dan Nevada, yang berkemungkinan penting untuk pilihan raya.

Untuk menjangkau potensi penyokong, pasukan Obama menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk membina platform yang disebut Papan Pemuka, yang membolehkan staf luar dan pekerja sukarela mengakses dan mengemaskinikan pangkalan data pengundi kempen. Perayu undi akan melawat kejiranan dan melihat manakah rumah yang menjadi sasaran dan manakah rumah yang membuang masa.  Segala-galanya dikemaskinikan dalam masa sebenar.  Dan bagi pengundi, tidak ada lagi mengetuk rumah mereka kerana mereka dapat dihubungi melalui telefon dan e-mel.


No comments:

Post a Comment