Pages

Thursday, June 14, 2012

Orang Mengantuk Disuapkan Piza

KHAMIS, 14 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


"Orang mengantuk disorongkan bantal," demikianlah perumpaan zaman berzaman.  Namun,    orang mengantuk selalunya berminat ke peti sejuk untuk mencari makanan.  Maksudnya, sebelum tidur, mereka mencari makanan terlebih dahulu.   Dan, sains, menurut The Week menemui jawapannya daripada dua kajian terbaharu yang menunjukkan bahawa gemar mencari junk food, seperti pizza dan gula-gula apabila mereka tidak cukup tidur.  

Orang mengantuk memilih makanan yang tidak sihat. Berdasarkan kajian, orang yang tidur hanya empat jam  berbanding dengan tidur sembilan jam semalaman, "pusat ganjaran" otak bertindak balas dengan lebih ketara apabila orang berkenaan mencari junk food, seperti donat dan piza berbanding dengan makanan sihat, seperti sayuran dan buah-buah.  Jika seseorang itu cuba mengawal berat badan, kehilangan tidur tidak bagus untuk orang itu.

Apabila keletihan, otak dikatakan tidak lagi yakin dengan sendirinya bahawa makanan sihat merupakan pilihan betul kerana faedah kesihatan, dan sebaliknya tumpukan terhadap selera.  Seseorang itu tidak lagi dapat mengawal dirinya jika dia letih, lalu dia mencari makanan yang tidak sihat. 

Justeru, jika lewat malam anda memesan piza (mungkin kerana menonton bola sepak Euro 2012), jangan sekali-kali menyalahkan perut anda, salahkan otak anda!


No comments:

Post a Comment