Pages

Tuesday, June 12, 2012

Makanan Menggemukkan Anda

SELASA,  12 Jun 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Ketika berjoging, baik semasa di Bukit Padang, Kota Kinabalu ketika saya menetap di  Sabah suatu ketika dahulu, mahupun di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur, saya memerhatikan dua kumpulan manusia.  Pertama, yang berjoging demi memastikan badan mereka sentiasa sihat dan cergas; dan kedua, yang berjoging kerana badan mereka naik gemuk, lalu mereka ingin menurunkan berat badan.

Penyakit dan kegemukan selalunya dikaitkan makanan yang seseorang itu makan.  Penyakit purba, yang pernah dihinggapi oleh para pembesar, seperti Alexander the Great, Charlemagne, dan Raja Henry VIII, dilaporkan Time dan The Atlantic,  kini berleluasa di Amerika Syarikat: gout. Penyakit ini dikatakan daripada makanan dan alkohol. 

Menyedari bahawa gula bahaya terhadap kesihatan dan rakyat Amerika semakin gemuk, terutamanya di New York,  maka Datuk Bandar Michael Bloomberg,  melancarkan perang terhadap gula. Sebelum kira-kita tahun 1980, 15 peratus orang dewasa Amerika yang gemuk, kini mencecah 40 peratus. Cadangan  Bloomberg mengharamkan minuman soda telah mencetuskan kontroversi, dari segi keberkesannnya. Tindakan itu mencetuskan tindak balas daripada Coca-Cola dan mendakwa bahawa cadangan  Bloomberg itu tidak disokong oleh bukti saintifik.  


Walaupun dikritik, Bloomberg, bahas The Economist tidak silap untuk berasap bimbang tentang garis pinggang besar warga New York.  Kira-kira dua pertiga rakyat Amerika, termasuk hampir satu pertiga kanak-kanak, terlalu berat atau gemuk.  Orang gemuk menghadapi risiko besar serangan jantung, diabetes, strok, serangan pelbagai penyakit lain yang bukan sahaja meyusahkan mereka, tetapi juga menjangkaukan sistem penjagaan kesihatan yang dicukai berlebihan. Pusat Kawalan Penyakit menyatakan kos kegemukan di Amerika adalah AS$147 bilion pada tahun 2008.

"Mengapa makanan kita menjadikan kita gemuk," Jacques Peretti yang menulis dalam The Guardian membahaskan bahawa "kita secara purata, kita tiga batu lebih  lebih berat jika dibandingkan dengan pada tahun 1960-an.  Dan bukan kerana kita makan banyak atau kurang bersenam, sebaliknya kita secara tidak sengaja menjadi ketagih gula.  Menurut beliau, United Kingdom kini di tengah-tengah krisis kegemukan. Beliau mengaitkan kegemukan dengan makanan yang kita makanan, secara lebih khusus, semata-mata amaun gula dalam makanan, iaitu gula yang lazimnya tidak disedari.  

Kira-kira empat tahun lalu, seorang pegawai kanan kerajaan baru bersara dan berehat seketika sebelum menyertai universiti swasta memberitahu saya dan beberapa orang lain bahawa beliau kurus sedikit kerana, "semasa berkhidmat dahulu, satu hari empat kali mesyuarat dan empat kali teh serta kuih."

No comments:

Post a Comment