Pages

Monday, June 18, 2012

Kehebatan Seks Pasangan Sweden

ISNIN,  18 Jun 2012 
Oleh: ZULKIFLI SALLEH



Kata orang, "lain padang, lain belalang;" "banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam." Demikian juga pasangan suami isteri Sweden dalam  hubungan seks.  

Menurut kajian, yang turut dipetik oleh The Huffington Post, satu pertiga pasangan suami isteri  "bumi matahari tengah malam" mengadakan hubungan seks ketika anak mereka tidur  di atas katil tempat mereka mengadakan hubungan seks.

Tatkala tinjauan pendapat demi tinjauan pendapat dilakukan,  mendedahkan ibu bapa Amerika pada amnya, berasa tidak puas akan kehidupan seks, sebaliknya ibu-ibu Sweden tidak banyak mengadu. Mereka  bersetuju bahawa kehidupan seksual harian ada kalanya mengambil tempat cara "memenuhi impian seks mereka," tetapi mereka kelihatan lebih rancak mengadakan hubungan seks berbanding dengan orang Amerika. 

Daripada lebih 600 orang ibu Sweden yang dikaji, 48 peratus mengatakan merekan mengadakan hubungan sekali atau dua kali seminggu (empat peratus mengatakan setiap hari, manakala yang lain kehebatan berbeza-beza).  Sebagai perbandingan, 40 peratus ibu bapa Amerika yang dipetik dalam kajian yang berbeza, berkata hubungan seks jarang-jarang diadakan, mereka mungkin tidur di katil yang berasingan.  Alasan yang sering diberikan ialah "Kami terlalu letih," "Anak-anak sering menganggu," dan pastinya, "Tidak kena masanya."


No comments:

Post a Comment