Pages

Friday, June 15, 2012

Dari Greece dengan Kemewahan

JUMAAT, 15 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH






Greece dalam krisis.  Ekonomi lumpuh, politik buntu.  Pada 17 Jun ini, rakyat negara sekali perlu membuat pilihan setelah pilihan raya pada Mei lalu gagal membentuk kerajaan. Pilihan raya ini bukan sahaja penting demi masa depan negara itu, tetapi juga diperhatikan, Eropah turut menjadi pertaruhan.  

Kini,  banyak orang  menghitung detik bahawa Greece akan keluar dari zon euro, bahkan Canselor British, George Osborne mencadangkan Jerman perlu mengorbankan Greece demi menyelamatkan euro. Bagi para pemimpin Greece,  zon euro dan Eropah yang memikul malapetaka jika negara mereka meninggalkan zon mata wang bersama itu:  Greece tidak menanggung kerugian.  

Sama ada Greece kekal ataupun keluar, yang nyata benua itu bergelut dengan krisis hutang terburuk sejak Perang Dunia Kedua dan seperti yang diakui oleh Canselor Jerman, Angela Merkel,  krisis zon euro benar-benar teruk. Tatkala Sepanyol  bergelut dengan krisis, wujud persoalan "bagaimana jika Perancis runtuh?" seperti yang dibangkitkan oleh Clyde Prestowitz dalam Foreign Policy.

Pada tanggapan umum, Greece adalah teruk: ekonomi meleset, pengangguran tinggi, rakyat hidup dalam kemiskinan,  dan pekerja merusuh.  Namun, golongan yang kaya-raya itu, seperti yang dilaporkan oleh Helena Smith dalam blog The Guardian hidup seadanya, iaitu mengekalkan  gaya hidup mewah. 

"Hampir tiga tahaun negara mereka terjebak dalam krisis terburuk pada zaman moden," tulis Helena, "kehidupan berjalan seperti biasa bagi golongan yang kaya-raya."  Tambah beliau lagi, "Apabila matahari terbenam, golongan oligarki, pemilik kapal, penyanyi, dan bintang media berkumpul di Hotel  Poseidonion yang terletak di Pulau Spetses."  Di situ, mereka tidak bersembang tentang kesakitan krisis, hanya topik yang dibicarakan di tempat-tempat lain di Greece.  

Hampir 100 tahun selepas tempat itu dibina oleh jutawan tembakau, jelas Helena, Poseidonion yang anggun masih menjadi tempat pilihan untuk masyarakat tinggi Athens.

No comments:

Post a Comment