Pages

Saturday, June 16, 2012

Coca-Cola Memasuki Myanmar

SABTU, 16 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI   SALLEH




Myanmar tidak lagi dianggap "negara paria."  Setelah hidup terasing dari dunia, negara itu akhirnya melakukan pembaharuan politik dan ekonomi.  Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton telah melawat negara itu, juga tidak ketinggalan lain, termasuk Perdana Menteri Najib Razak. Sekatan yang dikenakan terhadap negara itu mula ditarik balik. 


Berikutan pembaharuan itu, dijangkakan pelaburan asing memasuki Myanmar yang selama ini hanya didatangi oleh pelabur dari China terutamanya. Coca-Cola Co. dilaporkan bersiap sedia untuk menjual minumannya di Myanmar untuk pertama kali dalam masa 60 tahun, berikutan keputusan kerajaan Amerika Syarikat untuk menarik balik sekatan pelaburan terhadap negara itu kerana telah melakukan pembaharuan demokratik.  

Myanmar ialah salah sebuah  negara yang Coca-Cola tidak menjalankan perniagaan.  Dua buah negara lagi ialah Cuba dan Korea Utara.


No comments:

Post a Comment