Pages

Sunday, June 24, 2012

Bahasa dan Sastera Inggeris di Eropah

AHAD, 24 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kira-kira 56 peratus orang Eropah bertutur dalam bahasa kedua, dan 38 peratus daripada mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Di Scandinavia dan Belanda, yang terlalu  lazim untuk menemui kursus universiti diajar dalam bahasa Inggeris, angkanya berkemungkinan lebih 90 peratus.

Tidak dapat tidak, oleh bilangan orang bertutur dalam bahasa Inggeris meningkat, maka demikian juga jualan novel dalam bahasa Inggeris.  Namun, seperti yang dibahaskan oleh Tim Parks dalam blog New York Review of Books, peningkatan tidak sebesar itu.  Mengejutkan bahawa pengetahuan bahasa Inggeris meningkat juga membawa peningkatan yang ketara dalam jualan sastera Inggeris yang ditulis dalam bahasa Inggeris, tetapi dibaca dalam terjemahan dalam bahasa tempatan.  "Apabila anda belajar bahasa, anda bukan hanya sekadar makna komunikasi, tetapi anda membeli budaya, anda menjadi tertarik."

Memetik perangkaan yang disediakan oleh Dutch Fund for Literature, jelas Parks, menunjukkan bahawa walaupun bilangan terjemahan daripada bahasa lain adalah statik, atau meningkat perlahan, oleh sebab bahasa Inggeris diajar semakin meluas di sekolah dan universiti sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an, maka wujud kemajuan yang besar dalam terjemahan daripada bahasa Inggeris.  Pada tahun 1946, hanya lima peratus pengeluaran bukan Belanda terdiri daripada terjemahan; pada tahun 2005, terjemahan mencecah 35 peratus dan bidang prosa fiksyen, bahagiannya meningkat kepada 71 peratus.  Daripada terjemahan itu, 75 peratus kini datangnya daripada bahasa Inggeris.  Jelas Parks lagi, "angka yang saya berjaya peroleh untuk Jerman dan Italy, tidak jauh berbeza." 

Di Perancis, seperti yang dinyatakan oleh Parks, rakyat negara itu, sebagaimana orang Belanda dan Jerman, tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi lagi sekali, apabila ditanya, hampir semua mereka yang membeli fiksyen Inggeris dalam terjamahan bahasa Perancis, memberitahu mereka bercakap dalam beberapa bahasa Inggeris secara umum dan lebih mengutamakan novel asing/Inggeris berbanding dengan novel Perancis.


No comments:

Post a Comment