Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Standard & Poor's (S&P), seperti yang dipetik oleh Jeremy Warner, menganggarkan bahawa syarikat di Eropah, Amerika Syarikat, dan ekonomi Asia utama memerlukan kombinasi pembiayaan semula dan wang baru untuk membiayai pertumbuhan sepanjang empat tahun akan datang antara AS$43 trilion hingga AS$46 trilion. Tembok hutang yang matang tidak pernah berlaku sebelum ini, meningkatkan prospek kesukaran seterusnya dan melampau dalam pasaran kredit.
"Dengan krisis hutang zon euro masih menekan minyak habis-habisan," tulis Warner, "ekonomi China memperlahkan kepantasan, dan pemulihan Amerika Syarikat masih suam, maka tidak jelas bahawa sistem perbankan adalah dalam mana-mana kedudukan untuk melayani gelombang permitaan yang baru ini."
Krisis zon euro yang berlarutan, tidak menandakan tanda untuk reda, manakala Sepanyol kian kesakitan, dan Italy dijangkakan mengalami nasib yang sama, kredit kini, menurut carta harian, The Economist, ketat di kawasan euro jika dibandingkan dengan keadaan ketika krisis kewangan memuncak beberapa tahun lalu. Keketatan kredit ini mempunyai kesan menjejaskan ekonomi sebenar, seperti yang berlaku pada 2008-2009, apabila outuput ekonomi merosot, pengangguran meningkat, dan pasaran saham menjunam.
Kecuali, para penggubal dasar mencari penyelesaian yang kekal dan yang patut dipuji, kemungkinan besar perkara yang sama akan berlaku semula.
No comments:
Post a Comment