Pages

Friday, April 20, 2012

IMF: Beban Hutang Kawasan Euro

JUMAAT,  20  April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH






Setelah berbulan madu seketika,  krisis zon euro melanda semula. Dan, kini tiba giliran Sepanyol.  Krisis tersebut dilaporkan semakin dalam mencetuskan ketegangan dalam Kesatuan Eropah.  

Barangkali untuk menyelesaikan krisis zon euro, seperti yang dicadangkan oleh Robert Skidelsky dalam Social Europe Journal, melalui pemaafan hutang. Dalam makalah itu, Skidelsky memetik apa yang Presiden Indonesia,  Susilo Bambang Yudhoyono memberitahu Perdana Menteri British, David Cameron tentang kejayaan pelan pemulihan Indonesia selepas krisis pada  tahun 1998 adalah diilhamkan oleh John Maynard Keynes:  "Kita mesti memastikan bahawa orang ramai dapat membeli; kita mesti memastikan bahawa industri dapat mengeluar."

Sepintas lalu, krisis zon euro seakan-akan tidak mempunyai jalan keluar apabila sebuah demi sebuah negara bergelut dengan krisis hutang kedaulatan yang diperburukkan lagi oleh kemelesetan.  Namun hakikatnya, zon mata wang bersama itu meninggalkan jalan penyelesaian yang terbentang luas, sebaliknya zon tersebut seolah-olahnya sengaja terus mencari nahas dengan melaksanakan jimat-cermat yang banyak membawa keburukan.  


Zon euro yang terjebak semula dalam krisis, menurut pemerhatian David M. Smick yang menulis dalam The Washington Post, adalah dalam kitaran ganas yang jawapannya tidak mudah.


Melalui carta harian, The Economist yang membangkitkan  hutang negara menjadi tidak mapan.  Carta interaktif itu  menggunakan ramalan terbaharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk hutang kerajaan sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hingga tahun 2017.   Menggunakan ramalan IMF purata untuk tahun 2012-2017, hutang Sepanyol dijangkakan meningkat daripada 69 peratus KDNK pada tahun 2011 kepada 107 peratus pada tahun 2020.


No comments:

Post a Comment