Pages

Monday, April 9, 2012

Defisit Demokrasi di Dunia Arab

ISNIN,  9  April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pemberontakan Arab kedua yang tercetus sejak lebih setahun yang lalu, bermula di Tunisia, merebak ke Mesir, Libya, dan seterusnya ke beberapa buah negara di Dunia Arab, bukan sahaja menyaksikan tumbangnya beberapa orang rejim, tetapi juga membawa harapan ke wilayah itu, iaitu kemekaran demokrasi.  

Pastinya, tidak semua cerdik pandai politik mengalu-alukan kehadiran demokrasi di Dunia Arab, antaranya Robert D. Kaplan yang sejak tercetus Revolusi Melati di Tunisia, pernah membahaskan bahawa untuk wilayah yang sentiasa bergolak itu, adalah lebih baik kekal di bawah autokrat berbanding dengan demokrat, demi kepentingan Amerika Syarika dan Israel.  Beliau juga pernah menulis lama sebelum berlakunya Pemberontakan Arab bahawa golongan minoriti, iaitu orang Kristian  di Timur Tengah,  lebih selamat dan terjamin kehidupan mereka di bawah pemerintahan diktator.

Dari segi demokrasi di dunia Islam, pada tanggapan umum dan sering dibahaskan  bahawa sistem  berkenaan sukar berkembang di dunia Islam.  Namun, ada yang berhujah bahawa di sesetengah "negara Islam," seperti Turki, Indonesia, Albania, Bangladesh, dan Malaysia, keadaan adalah sebaliknya: demokrasi diamalkan. 

Memetik Eric Chaney Profesor Ekonomi dil Harvard University, Fareed Zakaria yang menulis dalam Time, yang cuba menjelaskan "defisit demokrasi" di Dunia Arab dengan menguji pelbagai hipotesis secara sistematik terhadap data.  Chanye, tegas Fareed, mencatatkan bahawa negara majoriti Islam, seperti yang dinyatakan di atas, mempunyai sistem demokratik yang berfungsi, dan dengan itu, hanya kehadiran Islam atau budaya Islam semata-mata tidak boleh dipersalahkan. Chaney memerhatikan negara kaya minyak dan mendapati bahawa sesetengahnya dengan rizab tenaga yang banyak (Arab Saudi), tetapi juga negara yang tanpa sumber berkenaan, iaitu Syria.  Chaney menegaskan bahawa banyak negara jiran Arab yang kelihatan berkongsi defisit demokrasi, seperti Chad, Iran, Azerbaijan, Tajikistan, Uzbekistan, tetapi negara berkenaan bukan Arab. 

Chaney, seperti yang dipetik oleh Fareed, membina hipotesis yang meyakinkan berasaskan sejarah purba dan ekonomi moden.  Beliau mencatatkan bahawa defisit demokrasi hari ini wujud di bumi yang ditawan oleh tentera Arab selepas kemangkatan Nabi Muhamammad S.A.W. pada tahun 632 Masihi. Bumi yang orang Arab kuasai pada abad ke-12, hari ini masih terbantut dari segi ekonomi.

Seterusnya, Fareed membahaskan bahawa jika disfungsi di Dunia Arab berpunca dari zaman purba, iaitu sejak beribu-ribu tahun lalu, tidak bermakna bahawa wilayah itu kedap terhadap perubahan.  Chaney, tegas beliau, tidak mengatakan bahawa faktor tidak berubah, seperti budaya atau agama sebagai punca masalah tersebut. 


No comments:

Post a Comment