Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Meskipun saya sudah bersara kira-kira empat tahun lalu, saya masih menerima borang cukai pendapatan. Setiap tahun, saya mengisi dan mengembalikan borang tersebut untuk mengelakkan daripada dikenakan denda jika saya menyimpannya. Untuk tahun tafsiran terbaharu, saya telah pun mengembalikan sendiri borangnya pada 19 April lalu, jauh lebih awal dari tarikh akhir 30 April ini. Selepas bersara, saya tidak lagi membayar cukai pendapatan berbanding dengan semasa berkhidmat dahulu, potongan bulanan agak tinggi juga, berdasarkan gaji dan elaun yang saya terima.
Cukai pendapatan merupakan kepastian bagi banyak negara, meskipun kadarnya berbeza-beza. Hanya di Greece saya difahamkan bahawa rakyat negara itu liat membayar cukai pendapatan dan tidak ada tindakan diambil terhadap mereka.
Carta harian The Economist menyatakan kadar cukai atasan di seluruh dunia menurun sepanjang tiga dekad lalu. Pada tanggapan umum, kadar cukai atasan yang rendah berkait dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Dalam kalangan negara yang tersenarai, kadar cukai pendapatan di Sweden adalah yang tertinggi, iaitu 55 peratus. Disusuli oleh Jepun dan Britain, dengan masing-masing ialah 50 peratus.
Sementara di Amerika Syarikat yang kadar cukainya kira-kira 42 peratus, Presiden Barack Obama bercadangkan memperkenalkan "Peraturan Buffett," iaitu mengenakan cukai yang tinggi terhadap golongan kaya, yang kini diperdebatkan, kalau cukai perlu dinaikkan, di manakah harus bermula?

thanks ya infonya !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id