Pages

Saturday, April 14, 2012

Budaya Pergantungan

SABTU, 14  April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Mendiang Andre Gunder Frank pernah memperkenalkan pemikiran Marxis yang sering diperdebatkan pada tahun 1970-an dan 1980-an, yang dikenali sebagai pendekatan pergantungan. Pendekatan Frank itu menegaskan pergantungan antara dengan mundur atau yang beliau sebut satelit pada negara maju yang beliau sebut metropolis.  Akibat pergantungan  itu, negara mundur terus mundur kerana segala lebihan yang dihasilkan diserapkan ke dunia maju melalui penjajahan dan kapitalisme.  Walau bagaimanapun, pendekatan pergantungan Frank itu  menerima kritikan daripada mereka sealiran dengan beliau, antaranya Immanuel Wallerstein, Samir Amin, dan Robert Brenner. 

Melalui carta harian, The Economist, membangkitkan semula "pergantungan," tetapi dalam konteks yang berbeza, iaitu melibatkan negara kaya.  Sebelum krisis kewangan melanda, negara di dunia kaya banyak meminjam apabila masa adalah baik seolah-olah tidak terbayangkan bahawa "pelayaran akan menempuh gelora."




No comments:

Post a Comment