Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Mitt Romney, yang setakat ini, calon pilihan Republikan untuk Pilihan Raya Presiden 2012, baru-baru ini memenangi pemilihan awal di Michigan dan Arizona, dan hari ini, memenangi kokus negeri Washington, menurut pemerhatian Ben Jacobs, menggunakan strategi Karl Rove: serang kekuatan lawan. Romney meskipun melancarkan serangan untuk mencuba serangan dan serangan terlebih dahulu terhadap kelemahan besarnya berbanding dengan Rick Santorum, ketidakonsistenannya tentang isu sosial dan rancangan penjagaan kesihatannya di Massachusetts.
Dengan menyerang Rick Santorum kerana menyokong senator prapilihan yang menyokong "Obamacare," beliau bertujuan untuk melemahkan garisan serangan dengan mengikuti strategi Karl Rove tentang menyerang lawan pada kekuatannya dan bukannya pada kelemahannya.
Karl Rove, ahli strategi yang pernah berkhidmat dengan George W. Bush, menulis dalam Foreign Policy bersama-sama Ed Gillespie, bagaimana mengalahkan Presiden Barack Obama. Dalam pilihan raya Amerika yang tertumpu terhadap ekonomi yang teruk dan pengangguran yang tinggi, kebijakan konvensional mengatakan bahawa dasar luar merupakan satu daripada sebilangan kekuatan Barack Obama. Akan tetapi, Presiden Obama jelas mudah terjejas dalam bidang ini.
Dengan mengatakan calon Republikan adalah silap kerana menganggap bahawa dasar luar ialah kekuatan Obama, Rove dan Gillespie mengemukakan petua untuk mengalahkan Obama dengan menyerang kekuatannya: dasar luar.
Pertama, calon Republikan sepatutnya menerima pakai keyakinan, iaitu nada nasionalis yang menekankan faham keluarbiasaana Amerika, menyatakan kebanggaan di Amerika Syarikat sebagai kuasa untuk kebaikan di dunia, dan memperjuangkan Amerika untuk muncul sekali algi sebagai kuasa global yang sangat penting. Tindakan Obama seperti yang beliau perhatikan, Amerika Syarikat gergasi yang cacat, kesilapan yang para pengundi sudah tanggapi. Meskipun Obama mempercayai fahaman keluarbiasaan Amerika, beliau juga mengakui bahawa orang British dan orang Greece juga mempercayai fahaman keluarbiasaan masing-masing.
"Calon Republikan," cadang Rove dan Gillespie, "sepatutnya menggunakan kata dan tindakan Presiden sendiri untuk menggambarkan beliau sebagai orang daif dan lemah dari segi dasar luar. Janji yang Obama gagal, peluang yang beliau terlepas, dan anjakan yang tidak menentu, menunjukkan beliau tidak mengikuti perkembangan dan fikiran di awang-awangan."
Pada masa yang sama, calon Republikan sepatutnya tidak teragak-agak untuk menunjukkan di manakah Obama membiarkan dasar Presiden Amerika daripada Republikan sebelum beliau, kebanyakannya tidak terjejas. Beliau berasa tidak selesa jika calon Republikan mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menggunakan strategi melanda yang digunakan oleh Presiden George W. Bush terhadap Afghanistan.
Kedua, calon Republikan mesti mengutuk tindakan tergesa-gesa Obama mengundurkan tentera dari Afghanistan dan pemotongan belanjawan pertahanan yang begitu banyak, yang bahaya. Kedua-dua tindakan itu dilihat secara waswas oleh pihak tentera.
Ketiga, calon Republikan sepatutnya memberikan tumpuan terhadap bahaya negara penyangak, terutamanya Iran dan Korea Utara.
Keempat, garisan serangan keempat mesti mengenai ekonomi Amerika yang lemah dan bagaimana untuk memulihkan. Banyak pengundi fikir pengawasan Obama terhadap ekonomi tidak konsisten dan bahkan tidak produktif.
Berhubung dengan serangan keempat ini, mungkin banyak yang meragui kerana apabila pada bulan lalu, kadar pengangguran di Amerika Syarikat jatuh kepada 8.3 peratus, maka didapati calon Republikan kehilangan modal untuk menyerang Obama. Oleh sebab kadar pengangguran jatuh, mereka tidak dapat lagi mendakwa bahawa dasar ekonomi Obama gagal.
Bahkan, John Cassidy yang menulis dalam Fortune, akhir tahun lalu supaya berhati-hati dengan ramalan ekonomi tahun 2012, yang seakan-akan membawa berita baik untuk Barack Obama, terpaksa mengubah pendiriannya. Dalam tulisan terbaharunya, Cassidy menegaskan ekonomi yang meningkat ini tepat pada waktunya untuk Obama.
Petua bagaimana untuk mengalahkan Barack Obama, sesungguhnya tidak mudah diterima, seperti yang dapat dilihat dalam tulisan Michael A. Cohen juga dalam Foreign Policy. "Jika Republikan benar-benar mahu menyerang Presiden tentang dasar luar, maka mereka perlu melakukan banyak yang baik dan bukannya sejadar mengitar semula idea lama, yang basi dan usang.
"Sebenarnya, tegas Cohen lagi, "Rove dan Gillespie tidak mengikuti perkembangan dan fikiran di awang-awangan....Lebih daripada itu, Republikan secara terdesak perlu mencari cara baru untuk membicarakan dasar luar; mereka perlu meninggalkan fahaman ketenteraan yang mudah dan fahaman keluarbiasaan Amerika kebudak-budakan yang mentakrifkan pujukan bakal calon Presiden mereka dalam jejak kempen; mereka perlu menghentikan tuduhan yang tidak henti-henti kelemahan dasar luar terhadap Demokrat kerana ini akhirnya hanya tidak berfungs. "
Pematahan uga datang daripada Jeremy Rosner dan Stanley Greenberg yang menulis "From Strength to Strength" mendakwa Rove dan Gillespie silap sama sekali. Rakyat Amerika percaya dasar luar Presiden Barack Obama cekap (kompenten), dan mengambilnya untuk dijadikan modal menyebabkan calon GOP kelihatan pincang. "Masalah sebenar dengan nasihat mereka adalah bahawa salah baca kedua-duanya, iaitu rekod Presiden dan bagaimana orang awam menilainya. Rakyat Amerika mungkin berpecah belah tentang banyak isu, tetapi secara relatif, sepakat dari segi keyakinan terhadap Obama sebagai Panglima Besar."
Kejahilan calon Presiden daripada Republikan tentang dasar luar, khususnya Timur Tengah, telah menjadi pengetahuan umum, dan pernah dibangkitkan bekas Penasihat Keselamatan Negara, Zbigniew Brzezinski dalam wawancaranya dengan Fareed Zakaria.
Dengan mengajar serang kekuatan lawan, adakah Karl Rove memberikan petua yang baik untuk calon Republikan dalam menghadapi Barack Obama? Yang jelas, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk menyerang dasar luar Presiden Obama.
Pesan orang tua-tua, "jika anda ingin menyerang lawan anda, pastikan anda mempunyai kekuatan. Kalau tidak, 'anda masuk berpakaian lengkap, keluar bertelanjang,' kerana dikerjakan oleh lawan anda."
No comments:
Post a Comment