Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Carta harian, The Economist mengunjurkan bahawa beberapa buah negara mengalami kesukaran untuk mewujudkan pertumbuhan pada tahun 2012, tetapi keadaan lebih baik pada tahun 2013. Di Eropah, beberapa ekonomi dijangkakan menguncup tahun ini, dengan Italy dan Sepanyol dalam kalangan negara yang dikaji, adalah paling teruk.
Akan tetapi, selepas menguncup 0.6 peratus pada tahun 2012, kawasan euro dijangkakan mencipta sedikit pertumbuhan pada tahun depan, iaitu sebanyak 0.7 peratus.
Sementara Jepun, hanya satu-satu negara dijangkakan mencapai pertumbuhan yang lebih pada tahun ini berbanding dengan tahun depan, kerana perbelanjaan jangka terdekat terhadap pembinaan semula gempa bumi dan subsidi kerajaan untuk kereta cekap tenaga. Ekonomi Jepun juga akan dibantu oleh peningkatan kadar pertumbuhan Amerika. Kedua-dua negara itu, baru-baru ini menyemak semula dengan meningkatkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka pada tahun 2011, meletakkan kedua-dua buah negara dalam kedudukan yang lebih baik pada tahun 2012.
Walau bagaimanapun, The Economist mengakui bahawa secara keseluruhan, pertumbuhan KDNK untuk negara yang diunjurkan, masih perlahan secara relatifnya, secara purata 1.4 peratus untuk tahun ini.
No comments:
Post a Comment