Pages

Thursday, February 9, 2012

Tidak Guna Belajar Bahasa Asing?

KHAMIS,  9  Februari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Di Malaysia, kita sering diberitahu akan pentingnya mempelajari bahasa asing, dan teratas dalam senarai ialah bahasa Inggeris, diikuti oleh, sama ada Mandarin ataupun bahasa Arab.  Di negara yang rakyat bertutur dalam bahasa Inggeris, seperti di Britain, para pelajar, terutamanya digalakkan mempelajari bahasa asing bukan setakat bahasa Eropah lain, tetapi juga bahasa bukan Eropah.  Sementara itu, dua hari lalu, dilaporkan bahawa mahkamah Arizona menyekat calon yang menguasai bahasa Inggeris secara terbatas sebagai calon Majlis Bandar Raya. 

Victor Ginsburgh yang menulis dalam Social  Europe  Journal seolah-olah membayangkan bahawa seseorang tidak perlu belajar bahasa asing.  Pada permulaan tulisan itu, beliau memetik Yasar Kemal, penulis Turki:  "Saya tidak bertutur dalam bahasa Inggeris.  Saya bertutur dalam bahasa Kurdish, Turki, dan gipsi.  Akan tetapi, saya tidak bertutur dalam bahasa barbarian." Bahasa barbarian yang penulis Turki itu maksudkan ialah bahasa Inggeris, Jerman, dan Perancis.

Ginsburgh seakan-akan menyindir apabila wujud cadangan supaya penutur asal bahasa Inggeris sepatutnya melepaskan peluang belajar bahasa lailn kerana penduduk di negara-negara lain di dunia, tidak lama lagi fasih berbahasa  Inggeris.  Beliau menjelaskan bahawa bahasa Inggeris sesungguhnya, bahasa ibunda kira-kira 400 juta orang (iaitu enam peratus dripada tujuh bilion penduduk dunia) dan "dituturkan" oleh satu bilion orang lagi.

Beliau mengingatkan bahawa bahasa Inggeris bukan satu-satunya bahasa yang digunakan dalam perhubungan dan perdagangan antarabangsa, tetapi juga bahasa lain, berdasarkan "komunikasi litaran terbuka" dan bahasa "komunikasi langsung."

Di Sri Lanka, bahas Ginsburgh, "banyak nyawa terkorban kerana bahasa apabila satu kumpulan bahasa daripada dua yang utama diputuskan bahawa bahasa mereka "lebih penting" daripada bahasa lain."  Tambah beliau, keadaan sebaliknya benar di Kesatuan Eropah yang mempertahankan 24 bahasa negara anggota, termasuk bahasa negara anggota baru, Croatia.  Kesatuan Eropah membelanjakan lebih AS$1.4 bilion setiap tahun untuk mentafsirkan menterjemahkan satu-satu bahasa negara anggota kepada 23 bahasa lain.  Di banyak bangunan institusi Eropah di Brussels bahawa bahasa Inggeris bukan penutur asal yang diucapkan sukar difahami oleh penutur  bahasa Inggeris asal, dan penutur asal bahasa Inggeris akan kehilangan yang lain apabila mereka membincangkan sesuatu dengan agak mendalam. 

Apa yang ingin dinasihati oleh Ginsburgh jika betul-betul difahami, jangan terlalu berbangga dengan bahasa Inggeris. Paling tidak, di Kesatuan Eropah, bahasa itu hanya sama taraf dengan bahasa-bahasa lain, kalaupun tidak lebih rendah. 


No comments:

Post a Comment