Pages

Sunday, February 5, 2012

Memenjarakan Diri dalam Bahasa Inggeris

AHAD,  5 Februari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Mitt Romney, salah seorang calon Presiden daripada Republikan yang mencipta kemenangan dalam pemilihan awal seterusnya  selepas Florida, iaitu pada hari ini di Nevada, bukan sahaja terkenal dengan kekayaannya , tetapi juga keupayaan beliau  bertutur dalam bahasa Perancis. Gara-gara  pernah bertutur dalam bahasa itu menyebabkan beliau digasak oleh musuh ketatnya, iaitu Newt Gingrich.  


Namun, Romney tidak menyesal dengan bertutur dalam bahasa asing itu, dan jauh sekali untuk memohon maaf, meskipun beliau kini, mengharapkan sokongan rakyat untuk mara ke Rumah Putih.  

Bagi sebilangan orang di Malaysia, bahasa Inggeris adalah segala-galanya.  Bahkan, ada yang tidak segan-silu mengatakan secara terbuka bahawa bahasa  ibundanya ialah bahasa Inggeris. Namun begitu, di dua buah negara berbahasa Inggeris yang utama, iaitu Amerika Syarikat dan Britain lain pula ceritanya. Kedua-dua negara kini bergelut dengan krisis pendidikan yang menyaksikan kemerosotan yang ketara dalam bidang sains, matematik, dan pembacaan dalam kalangan pelajar.  Untuk Amerika Syarikat, Anu Partanen yang menulis dalam The Atlantic mencadangkan negara itu belajar daripada kejayaan Finland yang lebih banyak menilai kesamaan berbanding dengan kecemerlangan. 

Sementara di Britain pula,   Will Hutton menulis The Observer pada hari ini, mendedahkan "mengapa kita terus-menerusi mengasingkan diri kita hanya dengan bertutur dalam bahasa Inggeris?"  Mengakui bahawa seperti orang Amerika, British juga taksub dengan budayaa, meskipun negara itu bukan kuasa dominan global dan menduduki benua Eropah.  British hidup di pulau besar di Laut Utara yang kuasa ekonomi kian terhakis.  Mencadangkan supaya Britain sepatutnya mengejar cita-cita Eropah dan global, tetapi beliau mengingatkan, "apa-apa jua kedudukan kita dalam debat ini, kemampuan untuk bertutur dalam bahasa asing, dan ghairah untuk melakukannya adalah kecekapan yang penting."

Hutton yang  merujuk angka terbaharu tentang kemerosotan ketara permohonan  untuk belajar bahasa bukan Eropah, dan  bahkan bahasa Eropah juga tidak diminati pelajar, menegaskan pentingnya bahasa Cina dan bahasa Arab. Beliau juga memetik penterjemah yang hebat, Michael Hoffman yang pernah menulis beberapa tahun lalu tentang pentingnya menguasasi lebih satu bahasa:  untuk bercakap bahasa lain bukannya soal budaya semata-mata, tetapi untuk mengusir kebodohan.

Bagi Hutton, krisis pengajian bahasa asing di Britain adalah serius.  Beliau jug mengkritik retorik dan program kerajaan pakatan di negar itu sangat tidak bijak. 


No comments:

Post a Comment