Pages

Wednesday, January 25, 2012

Unjuran IMF: Negara Mana yang Menerajui Pertumbuhan?

RABU,  25  Januari 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baharu sahaja menerbitkan laporan yang dikemaskinikan, iaitu  World Economic  Outlook yang  yang antaranya menyatakan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia tahun 2012.  

Untuk tahun ini, China dan India masih menerajui pertumbuhan dunia, manakala ekonomi maju, pertumbuhan masih lemah, bahkan kawasan euro,  Italy, dan Sepanyol  adalah negatif. Yang memeranjatkan pertumbuhan Afrika Sub-Sahara yang dijangkakan tumbuh 5.5 peratus,  seperti yang ditunjukkan  dalam carta harian, The Economist.  Pasaran membangun dijangkakan menyumbangkan 81.8 peratus pertumbuhan  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia pada tahun ini.



Unjuran terbaharu IMF itu menunjukkan bahawa negara BRIC lain, iaitu Brazil dijangkakan tumbuh  3.0 peratus dan Rusia 3.3 peratus.  Sementara Asia membangun dianggarkan tumbuh 7.3 peratus.  Untuk Asean-5 (Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Vietnam) dijangkakan tumbuh 5.2 peratus meningkat daripada 4.8 peratus tahun 2011, tetapi masih rendah jika dibandingkan dengan tahun 2010 apabila pertumbuhan ialah 6.9 peratus.


No comments:

Post a Comment