Pages

Sunday, January 22, 2012

Perkataan Tahun 2011

ISNIN,  23  Januari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tahun 2011 yang baru sahaja berlalu dikenang dengan  pelbagai cara, daripada orang kepada idea dan buku terbaik untuk  tahun berkenaan.  Majalah Time misalnya, yang meneruskan tradisinya dengan “Person of the Year” dengan memilih The Protester  (Pembantah).  Majalah itu juga memilih “Haiwan Tahun 2011.”  Time juga meninjau pendapat apakah perkataan tahun 2011.    


Oleh sebab banyak peristiwa penting yang berlaku pada tahun lalu, dari Dataran Tahrir ke Wall Street, maka pemilihan perkataan yang mencerminkan  gerakan massa tidak terlepas pandang:  Perkataan Tahun 2011, atau kamus tahun 2011  "Menduduki menduduki leksikon kita," ulas Bob Garfield.  Orang yang Menduduki akhirnya mendapat pengiktirafan oleh The American Dialect Society yang mengumumkan bahawa “occupy”  (“menduduki”) ialah perkataan tahun 2011 kerana pengaruh perkataan itu terhadap zeitgeist global sepanjang beberapa bulan lalu. Mesti  diakui bahawa “menduduki” ialah perkataan lama, tetapi Jawatankuasa Perkataan Baru pertubuhan itu, tetapi sepanjang beberapa bulan lalu sahaja, perkataan itu mengambil nafas baru dan bergerak dalam arah baru dan tidak dijangkakan. 

Sebaliknya, Merriam-WebsterDictionary memilih “pragmatic’ (“pragmatik”) sebagai Perkataan Tahun 2011.  Perkataan tersebut, adjektif yang bermakna praktikal dan logik, yang sering dirujuk pada kamus dalam talian Merriam-Webster yang menurut penerbitan, “pragmatik” merupakan pilihan pragmatik untuk Perkataan Tahun 2011.  Meskipun tidak dikesan untuk peristiwa berita spesifik  atau petikan daripada orang terkenal, pencarian untuk “pragmatik” meningkat pada minggu sebelum Kongres Amerika Syarikat mengundi pada bulan Ogos untuk meningkatkan siling hutang negara, dan lagi sekali apabila jawatankuasa super cuba merangka langkah pemotongan defisit pada musim gugur.
           
“Pragmatik” mungkin membangkitkan minat pengguna kamus kedua-duanya kerana mereka mendengar perkataan itu dalam perbualan,  dan kerana perkataan itu memikat mood Amerika semasa yang menggalakkan secara praktikal berbanding dengan keriangan, jelas John Morse, Presiden dan Penerbit Merriam-Webster yang beribu pejabat di Springfield, Massachusetts.  Jelas beliau lagi,  “pragmatik” ialah perkataan yang menjelaskan kualiti yang orang ramai menilai diri mereka sendiri, tetapi juga melihat pada diri orang lain, dan melihat para penggubal dasar dan aktiviti orang ramai di sekeliling mereka.
           
“Austerity” (“jimat-cermat") juga tersenarai dalam 10 teratas pada tahun 2011 bersama-sama “ambivalence” (“ambivalens”), “insidious” (“tersembunyi dan berbahaya”), “didactic” (“didaktik”) “diversity” (“kepelbagaian”), “capitalism” (“kapitalisme”), “socialism” (“sosialisme”), dan “apres moi le deluge.”

Untuk kita di Malaysia, apakah perkataan wajar dipilih untuk tahun 2011?  Mungkin anda mempunyai jawapannya, dan dengan itu, tidak perlu dinyatakan dalam tulisan ini. 

No comments:

Post a Comment