Pages

Saturday, January 7, 2012

Pendidikan: Amerika Melihat ke Korea Selatan dan Finland

SABTU,  7 Januari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Fareed Zakaria, boleh dikatakan tidak jemu-jemu berbicara tentang kemerosotan pendidikan di Amerika Syarikat, baik melalui penulisan dalam Time dan blognya, mahupun melalui program CNN, "Global Public Square (GPS)."  

Melalui GPS yang terbaharu, Fareed membicarakan "Restoring the American Dream:  Fixing Education" - siaran ulangan untuk para penonton yang tidak berkesempatan menontonnya pada bulan November lalu.   Meskipun Amerika pernah menduduki tangga teratas dalam bidang pendidikan, kini negara itu menduduki tangga ke-15 dalam  pembacaan, ke-23 dalam sains, dana ke-31 dalam matematik.  

Apa yang berlaku?  Mampukah kita keluar dari lubang yang dalam ini? tanya beliau yang mencadangkan untuk inspirasi,  Amerika pergi ke Korea Selatan dan Finland, dua buah negara yang secara konsisten menduduki tangga tertinggi dalam penarafan pendidikan.   

Yang menarik, bahas Fareed, kedua-dua negara itu mempunyai pendekatan yang berbeza. Korea Selatan mempunyai hari persekolahan dan tahun persekolahan yang panjang dengan tumpuan yang kuat terhadap ujian yang dipiawaikan. Finland banyak acuh tak acuh, kecuali pendekatannya untuk guru dan pengajaran.  Di negara itu, guru dihormati; memang sukar untuk memasuki program sarjana untuk perguruan jika dibandingkan dengan memasuki pengajian tinggi untuk perubatan dan undang-undang. 

Apabila dinyatakan kejayaan pendidikan Korea Selatan dan Finland (juga China dan Shanghai), harap-harap petaksub bahasa Inggeris dan PPSMI di negara kita buat tebal muka, mengatakan negara berkenaan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka. 


No comments:

Post a Comment